Pembaca Setia

Saturday, June 1, 2013

Masyarakat Sakit Amerika: Masihkah Jadi Rujukan Muslim?

Disiar dalam Inilah Islam Bil 9
Masyarakat Sakit Amerika: Masihkah Jadi Rujukan Muslim?
Muhammad Nuruddin Bashah

Banyak tulisan dan luahan Maryam Jameela, berkenaan masyarakat Amerika dan Barat yang digelar sebagai masyarakat yang sakit. Malah pendakwah hebat didikan Sheikh Abu A’la Al Maududi itu yang berasal daripada keluarga yahudi New York telah melihat sendiri bagaimana Bahasa Inggeris yang cuba dijadikan bahasa global itu sebenarnya bersifat bahasa penjajah dan merebak ke serata dunia sejara trajik dan kejam.

Menilai kenyataan diatas boleh dilakukan dengan membaca kisah seorang wanita Barat dan Kekagumannya terhadap keadaan wanita muslimah hari ini.

Joana Francis adalah seorang penulis dan wartawan yang berasal dari Amerika Syarikat. Dalam laman sesawang Crescent and the Cross, wanita Kristian itu menulisn ungkapan hatinya tentang kekagumannya wanita Muslim di Lubnan[1] .

Tulisan  Francis, walaupun dituju kepada para Muslimah Lubnan, namun ia boleh  menjadi cermin dan semangat bagi para Muslimah antarabangsa untuk bangga akan identiti sebagai  seorang perempuan Muslim, apatah lagi di tengah kehidupan moden dan pengaruh budaya Barat yang melemahkan keyakinan dan keteguhan seorang Muslimah untuk istiqamah  mengikut cara-cara hidup yang diajarkan Islam.



Antara isi tulisan Francis yan bertajuk Kepada Saudariku Para Muslimah  adalah ;
  • Walaupun  mereka mengenakan pakaian yang sederhana, kecantikan mereka tetap terpancar dan kecantikan itu bukan sekedar kecantikan fizikal semata-mata.
  • Kalian menjalani kehidupan yang alamiah sebagai perempuan. Di Barat, kaum perempuan juga menjalami kehidupan seperti itu sehingga era tahun 1960-an, lalu kami juga dibom dengan musuh yang sama. Hanya saja, kami tidak dibom dengan ketenteraan tetapi  oleh tipu muslihat dan korupsi moral.
  • Mereka mengebom kami, rakyat Amerika dari Hollywood dan bukan dari jet-jet tempur atau kereta kebal buatan Amerika.
  • Mereka juga ingin mengebom kalian dengan cara yang sama, setelah mereka menghancurkan infrastruktur negara kalian. Aku tidak ingin ini terjadi pada kalian. Kalian akan direndahkan seperti yang kami alami.
  • Apa yang kalian lihat keluar dari Hollywood adalah sebuah pakej kebohongan dan penyimpangan realiti.
  • Hollywood menampilkan seks bebas sebagai sebuah bentuk ‘rekreasi’ yang tidak berbahaya karena tujuan mereka sebenarnya adalah menghancurkan nilai-nilai moral di masyarakat melalui program-program beracun mereka. Aku mohon kalian untuk tidak minum racun mereka.
  • Percayalah, sebahagian besar daripada kami tidak bahagia.
  • Jutaan wanita Barat bergantung pada ubat anti-depres, membenci pekerjaan mereka.
  • Orang-orang seperti di Hollywood hanya ingin menghancurkan sistem keluarga dan meyakinkan perempuan agar tidak mahukan ramai  anak.

  • Mereka mempengaruhi dengan cara menampilkan perkahwinan sebagai bentuk perhambaan, menjadi seorang ibu adalah sebuah kutukan, menjalani kehidupan yang fitrah dan sederhana adalah sesuatu yang usang.
  • Bible juga sebenarnya mengajarkan agar kaum perempuan menjaga kesuciannya, tapi banyak perempuan di Barat yang telah tertipu.
  • Model pakaian yang dibuat para perancang Barat dibuat untuk meyakinkan kalian bahawa aset kalian yang paling berharga adalah seksualiti.
  • Mengapa kalian ingin meniru perempuan-perempuan yang telah menyesal atau akan menyesal, yang telah kehilangan hal-hal paling berharga dalam hidupnya? Tidak ada pampasan atas kehilangan itu. Perempuan-perempuan Muslim adalah berlian tanpa cacat. Semua yang kalian lihat di majalah model dan televisyen Barat adalah dusta, perangkap syaitan, emas palsu.
  • Seks sebelum menikah sama sekali tidak ada hebatnya. Kami menyerahkan tubuh kami pada orang kami cintai, percaya bahawa itu adalah cara untuk membuat orang itu mencintai kami dan akan menikah dengan kami, seperti yang sering kalian lihat di televisyen.
  • Kami, perempuan di Barat telah dicuci otak dan hanya faham, wanita Muslim adalah kaum perempuan yang tertindas. Padahal kamilah yang benar-benar tertindas, menjadi hamba seks yang merendahkan diri kami, terlalu resah dengan berat badan kami, mengemis cinta dari orang-orang yang tidak matang.
·         Jauh di dalam lubuk hati kami, kami sadar telah tertipu dan diam-diam kami mengagumi para perempuan Muslim meskipun sebahagian dari kami tidak mahu mengakuinya. Tolong, jangan memandang rendah kami atau berfikir bahawa kami menyukai semua itu. Karena hal itu tidak sepenuhnya kesalahan kami.
·         Tetaplah menjaga kesucian dan kemurnian. Kami kaum perempuan Kristian memerlukan kalian, para Muslimah, sebagai contoh bagi kehidupan kami, karena kami telah tersesat. Berpegang teguhlah pada kemurnian kalian sebagai Muslimah dan berhati-hatilah.

Hakikatnya apa yang ditulis oleh Francis telah disaksikan noleh njutaan remaja dan belia Islam sedunia. Kita melihat bagaimana si anak remaja belasan tahun boleh membawa teman lelaki mereka ke rumah dan bersekedudukan. Mereka memanggil ibu dan ayah dengan hanya nama tanpa pangilan hormat.

Kita juga menyaksikan bagaimana ribuan remaja negara kita yang beragama Islam menganut fahaman fesyen K-Pop dan J-Pop yang dianggap moden dan ‘trendy”.


Remaja Islam tidak sedar bahawa fesyen yang mereka tiru daripada artis korea dan jepun berkenaan adalah fesyen Amerika dan Barat?

Hakikatnya remaja Jepun dan Korea berkiblatkan fesyen dan hiburan mengikut acuan Amerika sejak negara mereka berada dalam naungan nuklear Amerika pasca Perang Dunia II. Wallaupun hanya payungan politik, ia telah meneroboskan budaya dan cara hidup kepada anak-anak Korea Selatan dan Jepun dan kini mereka pula menjadi ‘tuhan’ budaya dan tuhan hiburan bagi anak-anak remaja Islam melayu pula.

Kegilaan remaja terhadap fesyen dan gaya ala Korea (K-pop) boleh dikaitkan dengan persoalan, mengapa wujudnya lambakan kanta lekap berwarna serta bercorak unik di pasaran[2]. Menurut laporan Metro 25 Ogos 2012, remaja sanggup berhabis wang poket semata-mata membeli kata lekap agar memiliki sepsang mata seperti gadis Korea sedangkan si gadis korea itu juga meniru mata asli rakyat Amerika!

Hakikatnya masyarakat sosial dan sistem sosial Amerika sedang tenat dan parah penyakitnya. Tetapi cukup menghairan bagaimana masyarakat yang sakit ini tetap menjadi pedoman dan kompas bagi kehidupan remaja Islam.  
Terkini Pasukan Pengakap Amerika Syarikat berhasrat untuk menghapus larangan gay daripada menyertai kumpulan berpendidikan itu.


Ramai di kalangan kita membesar dengan mendapat sedikit sebanyak ilmu baik daripada skuad pengakap yang diasaskan oleh Lord Baden Powell ini.  Namun kita ia telah diselimuti agenda kental untuk merosakkan prinsip asas moral yang pernah diperjaungkan oelh pesukan itu.
24 Mei yang lalu Sinar Harian menyiarkan berita bahawa  pengakap Amerika Syarikat (AS), The Boy Scouts of America, memutuskan untuk menerima anggota yang secara terbuka mengaku sebagai gay[3].

Keputusan ini diambil dalam pemungutan suara yang diakhiri dengan pergaduhan berkaitan isu yang memecah-belah gerakan ini.
Lebih dari 60% anggota dewan nasional, yang terdiri dari 1,400 anggota yang memiliki hak suara menyokong perubahan ini dalam sebuah pertemuan di Texas, AS.

Perubahan ini dijangka akan berkuatluasa  secara efektif 1 Januari 2014.
Kerosakan yang melanda masyarakat Amerika antara lain adalah suatu musibah yang diturunkan oleh Allah kepada negara ini yang terkenal sebagai negara samseng dunia yang membantai dan meratah negara umat Islam sedunia. Dengan peningkatan pengidap penyakit mental dikalangan remaja Amerika serta dengan peningkatan pengidap penyakit Trauma Pasca Perang yang menyebabkan kadar bunuh diri meningkat di kalangan veteran Perang Amerika cukup membayangkan bagaimana Allah menghukum negara ini walaupun tidak disedari oleh pemimpin mereka sendiri.

Menurut kajian di negara luar pada 2009 yang mendapati penyakit mental menyebabkan kerugian 136 hari bekerja di Amerika, 49 hari di China dan 51 hari di Jepun[4].

Mangsa bagi hukuman ini menjalar sehingga kepada kanak-kanak Amerika iaitu salah satu segmen struktur sosial Amerika Syarikat. Amerika  telah membelanjakan sebanyak AS$8 bilion (RM28 bilion) pada tahun 2006 bagi merawat kes penyakit mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak mereka. Agensi Penyelidikan dan Kualiti Kesihatan melaporkan, dianggarkan sebanyak 4.6 juta kanak-kanak yang menghidap tekanan mental telah dirawat pada tahun 2006 dengan kos purata AS$1,931 (RM6,793) untuk seorang kanak-kanak[5].

Fakta ini bukan untuk diketawakan atau memuaskan hati bahawa apa yang berlaiu sebagai ‘padan muka’ kepada rakyat negara ini.  Hakikatnya kerosakan sosial mereka adalah implikasi kebejatan polisi negara yang mengutamakan nafsu, wang, persaingan, kebebasan dan bertuhankan utopia yang dahsyat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...