Nafi calon Presiden moderat Iran kerana
tiada restu Ayatullah?
Muhammad Nuruddin Bashah
Pemilihan bagi Presiden Iran minggu
hadapan menjadi suatu ruang wacana yang kian hangat. Malah ia juga didiskusi
dari perspektif rakyat Iran sendiri, warga global, rakyat Amerika dan White House, Majlis Keselamatan PBB dan
perspektif inter-mazhab sunni-syiah.
Terlalu banyak wacana yang berbangkit
kadang kala merosotkan pandagan kita terhadap pentas demokrasi itu sendiri yang
perlu dinilai dalam usaha meninjau pemilihan ini berlaku dengan kehendak
sebenar rakyat. Semestinya tidak mampu rakyat Iran menutup mulut antarabangsa
daripada terus berbicara, meramal dan membuat jangkaan-jangkaan tertentu
berkenaan implikasi pemilihan dan polisi yang bakal timbul walaupun kesan dan
akibatnya ditanggung oleh rakyat Iran itu sendiri.
Pilihan raya kesebelas Presiden Iran
dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 14 Jun 2013.
Pilihan raya akan diadakan pada hari
yang sama dengan pilihan raya majlis tempatan. Majlis Guardian iaitu Election Monitoring
Agency (EMA), sebuah badan 12 anggota yang terdiri daripada enam ulama dan enam
ahli-ahli teologi, ditugaskan untuk menyemak kelayakan mereka dan mengesahkan
keputusan pilihan raya[1].
Diantara calon terkenal Presiden Iran
adalah sahabat Ahmadinejad sendiri iaitu Esfandiar Rahim Mashaei, dan mantan presiden
Iran Akbar Hashemi Rafsanjani. Mohammad Reza Aref, Mohammad Bagher Ghalibaf, Mohammad Gharazi, Gholam-Ali Haddad-Adel, Saeed
Jalili dan Mohsen Rezaee serta beberapa nama lagi.
Campurtangan Israel didakwa
pemerintah Iran sebagai petualang kepada perjalanan pilihanraya 14 Jun 2013
kelak. Iran mendakwa telah membongkar "jaringan pengganas" yang
didukung Mossad, agen rahsia Israel yang direncanakan "mengganggu"
pemilihan presiden di republik tersebut. Hal tersebut dihebah melalui siaran
radio tempatan. Malah Iran mengatakan pihak Inteligen (perisikan) Iran telah mengenalpasti dan menangkap anggota Mossad
dan menyita senjata mereka[2].
Keselamatan Ahmadinejad juga menjadi
isu hangat cuma ia masih dirahsiakan daripada hebahan umum. Ahmadinejad, selamat dari kecelakaan helikopter yang dinaikinya
awal Jun ini. Beliau dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Taheran menuju daerah
Mazandaran di utara, untuk merasmikan tiga jalan baru, dan projek mega pembuatan
jalan terowong. Namun ketika melintas daerah pegunungan Alborz, helikopter
terpaksa melakukan pendaratan darurat[3]. Isu ini masih
menjadi topik larangan untuk didiskusikan di Iran.
Isu jantina juga menjadi isu besar
dalam pemilihan Iran. Jika di Malaysia agak janggal kedengaran calon perempuan
teringin atau bercita-cita menjadi Perdana Menteri atau Timbaan Perdana
Mneteri. Adab dan adat serta syariat sunnah di Malaysia menjadikan kaum-kaum di
Malaysia tidak memiliki agenda politik sebegitu.
Republik Islam Iran telah lama melarang
kaum perempuan menjadi calon presiden dalam pilihanraya Presiden karena tidak sesuai dengan undang-undang
negara. Larangan ini dibuat kerana ada niat dan usaha wanita di Iran untuk
menjadi Presiden.
Ayatullah Mohammad Yazdi, salah
seorang anggota Suruhanjaya Pemilihan
Umum, pada 16 Mei 2013 lalu, mengatakan, "Perempuan tidak mungkin menjadi
calon presiden pada pilihanraya bulan Jun ini. Kenyataan media Yazdi dianggap telah membunuh impian 30 wanita
Iran yang berminat mencalonkan diri
sebagai Presiden Iran[4].
Pemilihan presiden yang akan berlaku
pada 14 Jun ini disertai oleh 686 calon,
tetapi yang diterima oleh Suruhanjaya hanya 8 orang. Mereka akan bertarung merebut
kerusi Presiden Mahmoud Ahmadinejad yang sudah dua kali memenangi sekaligus tidak
boleh mencalonkan lagi sebagai presiden.
Tahun lepas, Selasa, 3 Januari 2012, anak
perempuan bekas Presiden Iran, Faezeh
Hashemi Rafsanjani, dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan tidak boleh
melakukan aktiviti politik selama lima tahun sehubungan dengan "propaganda
anti-kerajaan" yang dilakukan pada Pilihanraya Presiden 2009.
Siapa pula bapa Faezah ini? Bapa
beliau adalah Mantan Presiden Iran iaitu Akbar Hashemi Rafsanjani tetapi telah dilarang
mencalonkan diri dalam pemilihan presiden.
Rafsanjani, seorang yang moderat,
pernah menjadi presiden Iran untuk tempoh 1989-1997. Daftar calon presiden yang
sudah disetujui untuk mengikuti pemilihan presiden pada 14 Jun didominasi oleh
orang-orang konservatif yang rapat dengan pemimpin tertinggi Ayatullah Ali
Khamenei.
Pendaftaran Rafsanjani pada 11 Mei
telah mempolarisasi sistem politik kompleks Iran. Rafsanjani mendapat dokongan
kelompok reformis yang terpinggir.
Sebagai tokoh yang berpengaruh hingga
8 tahun lalu ketika Ahmadinejad mengalahkannya dalam pilihanraya 2005,
Rafsanjani telah kehilangan dukungan politik dalam beberapa tahun kebelakangan
ini[5].
Pada 2009 beliau ia menarik perhatian
kerajaan kerana mempersoal secara
terbuka pemilihan kontroversi yang memutuskan Ahmadinejad menjadi presiden
untuk sesi kedua.
Pungutan suara itu menyebabkan
tindakan protes jalanan dengan penunjuk perasaan menyatakan bahawa pemilihan
itu penuh dengan korupsi dan penipuan. Kerajaan Iran mengambil sikap keras
terhadap rakyat yang menyokong Rafsanjani.
Alasan namanya dipotong hanya kerana
faktor usia Rafsanjani yang mencecah 79
tahun dan uzur tidak diterima penyokong beliau.
Mashaie, calon utama lain yang digugur
namanya kerana dilihat terlalu liberal, dianggap bahaya bagi revolusi islam
oleh orang-orang dalam rejim Ayatullah.Keputusan pengguguran namabeliau
disanggah Ahmadinejad dan Mashanie juga berjanji m,enggunakan ‘kabel’ Khomeni
untuk terus mara[6].
Pengguguran nama ini membawa
nama perunding nuklear Saeed
Jalilil, yang rapat dengan Khomeni, berada di posisi hadapan.
Kelompok reformis hanya memiliki satu
calon dalam pemilihan ini iaitu Mohammad Reza Aref, yang pernah menjadi wakil
presiden pertama di bawah Presiden Mohammad Khatami.
Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry berkata pengguguran
kelayakan calon-calon dalam pilihan raya presiden Iran menunjukkan
pemimpin-pemimpin agama di negara ini hanya berminat dalam memperkukuhkan kuasa
mereka sendiri dan bukannya memberi pengundi pilihan menentang pandangan.
Dengan kelayakan Iran calon-calon
yang lebih sederhana, Kerry berkata Majlis Guardian Iran tidak mahu mengambil kira kehendak popular.
Beliau mengulas juga tiada sesiapa dalam dunia ini
akan boleh menrima satu majlis yang tidak dilantik atau diundi oleh rakyat
seperti Majlis Guardian tetapi boleh pula menggugur pencalonan mana-mana
individu atau merestui keputusan pilihanraya[7].
Bercakap kepada pemberita pada akhir
lawatan ke Israel, Kerry berkata terdapat tanda-tanda bahawa kerajaan Iran akan mengambil
langkah-langkah untuk melambatkan atau memotong akses internet, mengurangkan
keupayaan pengundi untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar idea dalam
pilihan raya .
Apabila Setiausaha negara polis dunia
ini ditanya mengenai usaha-usaha antarabangsa untuk menyekat program nuklear
Iran, Kerry mengatakan Amerika Syarikat terus berharap agar bahawa pemimpin-pemimpin Iran
akan ‘mengadap’ White House untuk membuktikan bahawa program nuklear mereka, yang
mereka katakan adalah aman adalah benar-benar aman.
Presiden rasmi Iran tertinggi yang dipilih oleh undi
adalah ketua eksekutif, selepas "Pemimpin Revolusi" iaitu kedudukan
yang kedua paling penting di Iran. Tugas beliau adalah lebih kurang sama
seperti semua ketua-ketua kerajaan dunia
tetapi merangkap Komander dalam Ketua Angkatan Tentera dan juga
berhak memilih Ketua Hakim Negara. Siapa yang layak menjadi calon? Semua
warganegara Iran yang telah dilahirkan di Iran, beriman kepada Allah dan agama
rasmi iran (Syiah), sentiasa setia kepada Perlembagaan, dan berusia umur 21 tahun dibenarkan untuk mendaftar
sebagai calon.
Antara parti yang bakal bertanding
adalah Islamic Iran Participation diwakili oleh Mohammad-Reza Aref, Society of Engineers
dengan Mohammad-Bagher Ghalibaf, Mohammad
Gharazi pula calon bebas, Isargaran dengan calon Gholam-Ali Haddad-Adel,
Revolutionary Stability menghantar Saeed Jalili Combatant sebagai calon, Clergy Association pula meletak Hassan Rouhani, Moderation and Development bersama
Mohsen Rezaee, manakala Islamic Coalition meletak Ali Akbar Velayati.
[2]
http://www.beritasatu.com/timur-tengah/117380-iran-tuduh-mossad-bekingi-teror-ganggu-pemilihan-presiden.html
No comments:
Post a Comment