Pembaca Setia

Thursday, June 6, 2013

Perancis Hero Baru Anti Islam


Perancis Hero Baru Anti Islam
Muhammad Nuruddin Bashah

Seruan Perancis untuk memerangi pejuang  Islam di Libya menggambarkan teori Perancis sebagai proksi Amerika dalam meneruskan gagasan kempen anti pengganas adalah benar.
Pada 28 Mei lalu Perancis menyeru kepada negara-negara Afrika untuk berusaha mengatasi ancaman kelompok Islam di gurun Selatan Libya. Hal itu setelah Perancis cuba menamatkan kempen  Militarasi  di Mali dengan tujuan menghapus terus semua mujahidin disana[1].

Kenyataan media Perancis juga berbolak balik tak ubah seperti lidah white house dalam memutar belit isu penamatan kempen ketenyteraan di Afghanistan dan Iraq sebelum ini.

Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pada 26 Februari 2013 lalu  berkata kerajaannya  akan mula mengeluarkan tenteranya secara berperingkat dari Mali, bermula Mac dan seperti juga jawapan White House, tiada tarikh muktamad bagi  pengunduran tentera Perancis dari Mali dilakukan atau berapa jumlah tentera yang terbabit[2].

Sebelum ini Perancis telah meletak hampir  4,000 askarnya di Mali yang mula dibawa sejak bagi mematahkan penguasaan kumpulan ekstrimis Islam yang berjaya menguasai bahagian utara Mali sejak tahun lalu. Isu uranium dan emas yang ingin dikuasai oleh Perancis juga merupakan faktor mengapa Perancis ‘sibuk’ benar dengan suasana politik dalaman di Mali.
Namun begitu pada 13 April 2013 Reuters melaporkan bahawa tekad Presiden Perancis untuk meneruskan kempen anti pengganas atau lebih cocok digelar anti Muslim. Kata Francois Hollande, Presiden Perancis mereka akan teruskan penghantaran tentera darat dan udara[3].

Kembali kepada isu gesaan Perancis agar seluruh Afrika terlibat dalam kempen ketenteraan mereka di Libya. Menteri Luar Negeri Perancis, Laurent Fabius, yang mengunjungi Nigeria, menyerlahkan minat sebenar Perancis apabila bereaksi lantang selepas  lombong Uranium yang dijalankan oleh kapitalisme  Perancis diserang. Tusuh Fabius lagi, beliau  mengatakan bahawa ada tanda-tanda di selatan Libya, berubah menjadi tempat yang aman bagi kelompok yang ia sebut sebagai “ekstrimis”, dan hal itu sebagai alasan untuk menyerang Gerakan Islam di Libya sepertimana urusan merteka di Mali sehingga kini.

Jika Amerika lebih berminat menggunakan tentera rakyat sendiri sebagai aset untuk merteka menunjuk hero di serata dunia, Perancis pula bukan sahaja mengerahkan rakyat sendiri malah juga menggunakan tentera upahan pelbagai bangsa sebagai alat kempen menentang Muslim.
Nama pasukan upahan itu adalah Legion Etrangere. Tentera upahan asing bukanlah sesuatu yang baru dalam tentera darat Perancis. Setiap raja dalam sejarah negara tersebut mempunyai unit askar upahan wargas asing seperti pasukan pengawal bangsa Scott (Raja Charles Ke-7), pasukan pengawal bangsa Swiss (Raja-Raja Bourbon) dan pasukan tombak (lancers) bangsa Poland (Napoleon dan Raja Louis Philippe). Apabila warga luar tidak lagi dibenarkan berkhidmat dengan tentera darat Perancis selepas Revolusi Julai 1830, Legion Etrangere ditubuhkan oleh Raja Louis Philippe pada 10 Mac 1831 sebagai rejimen warga luar yang berkhidmat untuk Perancis[4].

Legion Etrangere melaksanakan peranan infantri (termasuk pengkhususan lintas udara), armor dan jurutera tempur bagi pertahanan negara dan melindungi kepentingan strategik Perancis. Oleh yang demikian pasukan ini kerap terlibat dalam pelbagai misi tempur, pengaman dan penguatkuasa keamanan di seluruh dunia serta salah satu elemen pasukan aturgerak cepat (PAC) angkatan tentera Perancis. Malah Legion Etrangere dianggap pasukan elit dalam tentera darat negara Eropah itu.
Perancis adalah kuasa besar yang menjayakan agenda empirelis barat di bumi Afrika dan Timur Tengah. Barat cuba menipu dunia mengatakan merekalah yang menghapuskan perhambaan sesama manusia. Hakikatnya mereka mencipta satu bentuk perhambaan manusia dan menjadikan bumi Afrika sebagai sumber abdi Barat dan Eropah. Malah sejak awal penjajahan Perancis di bumi Afrika dahulu lagi, agenda anti islam telah tersemat rapi dalam polisi ketenteraan mereka.

Seorang ahli sejarah, Simon Schama kemudiannya mengulangi tulisan radikal seorang warga Inggeris yang bernama Thomas Day pada tahun 1976 seperti berikut: ‘Sungguh mengarut seorang Amerika yang patriotik menandatangani resolusi menuntut kemerdekaan dengan tangannya, tetapi sebelah tangan lagi menghayun cemati ke arah hamba-hamba abdinya’. Kenyataan Thomas membayangkan hipokrasi Barat dalam isu perhembaan.

Penjajahan oleh kuasa-kuasa Eropah ke atas negara-negara Afrika didorong oleh kepentingan-kepentingan ekonomi. Masing-masing bertindak dengan cara sendiri. Terlibat ialah bala tentera, para pentadbir, para peniaga, pemburu, para peladang, pelombong dan mereka yang mahu bermastautin. Juga terlibat ialah pengembang- pengembang agama Kristian. Kerana itu kemudiannya ramai yang memeluk agama Kristian. Sebelum itu telah pun merebak ke perkampungan-perkampungan Islam di Afrika Utara, Afrika Tengah dan lain-lain wilayah.
Bilangan warga Eropah sendiri di Afrika meningkat hingga 6 juta pada tahun 1960. Seramai 1 juta lagi ialah pendatang-pendatang dari Asia. Warga kulit putih adalah paling ramai di Afrika Selatan. Bilangan kulit putih meningkat hingga 4.8 juta di Afrika Selatan[5].
Bumi mana dapat mengelak diri daripada kebangkitan Islam? Demikian juga halnya berlaku pada Perancis yang cuba sebaik mungkin untuk jauh daripada keagamaan terutamannya Islam.
Tahun lepas sahaja umat Islam sedunia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan karikatur anti-Islam di sebuah majalah satira mingguan di Perancis. Karikatur anti-Islam dan video mempersenda dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan Islam sehingga mencetuskan bantahan daripada masyarakat Islam di seluruh dunia[6].-

Dewan Muslim Perancis (CFCM) mendesak pada hari Isnin kemarin 22 Okt pemerintah untuk melarang sebuah kelompok sayap kanan yang “menduduki” sebuah masjid pada hari Sabtu lalu dan mengeluarkan “pernyataan perang” melawan apa yang mereka sebut Islamisasi Perancis[7].

Libya adalah di kalangan negara terbesar dunia pengeluar minyak sehingga mencapai 3.5% daripada simpanan minyak dunia dan melipat dua kali ganda berbanding kapasiti Amerika Syarikat sendiri.
Menurut Prof Michel Chossudovsky “Operasi Libya ” atas nama pembebasan kezaliman walaupun benar Gaddafi zalim adalah sebahagian daripada agenda militari Timur Tengah dan Asia Tengah untuk merebut penguasaan 60% rezab minyak dunia di sana[8].

“Negara Muslim termasuk Arab Saudi , Iraq, Iran, Kuwait,  United Arab Emirates, Qatar, Yaman, Libya, Mesir, Nigeria, Algeria, Kazakhstan, Azerbaijan, Malaysia, Indonesia, Brunei, menyimpan antara 66.2 and 75.9 % daripada jumlah semua rezab minyak” tulis Michel Chossudovsky, dalam artikel The “Demonization” of Muslims and the Battle for Oil, Global Research, 4 January , 2007) .
Dengan  46.5 billion tong rezab minyak iaitu sekitar 10 kali ganda Mesir, Libya adalah kuasa ekonomi minyak terbesar di Benua Afrika diikuti dengan Nigeria and Algeria.

Kemarahan Perancis kepada pejuang Islam di Libya juga disebabkan oleh hasrat Perancis untuk mendekati dan menyantuni Libya secara diplomasi. Tindakan radikal pejuang berkenaan seolah-olah menghalau pelabur dan ahli diplomatik Perancis ke Libya. Ia juga seolah-olah meruntuhkan plan besar Perancis sejak 2011 untuk meratah rezab minyak Libya yang dikhuatiri dibolot oleh syarikat-syarika kapitalis Amerika Syarikat.

Dari segi sejarah, Perancis mempunyai kepentingan kecil di Libya, walaupun sejak  Perang Dunia II sehingga kemerdekaan negara pada akhir tahun 1951. Tetapi pada waktu itu, sedikit sahaja minat  Perancis terhadap Libya kerana  minyak masih belum dijumpai. Hal ini tdak menghairankan kita. Di Tanah Melayu kemajuan Kuala Lumpur, Perak, negeri Selat adalah disebabkan demografi, geografi dan iklim sesuai dengan agenda kapitalisme Barat sahaja. Tiada keikhlasan boleh dipamerkan dalam fail-fail  polisi penjajah.

Malah, minat yang serius Perancis di Libya - sekurang-kurangnya kepentingan ekonomi - sedikit mendahului revolusi tahun lepas. Dengan pembukaan ekonomi daripada Libya dari sekitar tahun 2005 dan seterusnya, syarikat-syarikat asing homed dalam pada negara; Perancis adalah seperti berminat seperti orang lain. Menurut Kajian Antarabangsa Kertas Penyelidikan Perniagaan, menjelang akhir tahun 2010 Perancis adalah pelabur asing utama di Libya, menyumbang 18.7 peratus daripada semua pelaburan langsung asing (FDI) di negara ini. Mereka diikuti oleh Jerman pada 16 peratus dan UK pada 12 peratus. Negara-negara yang mungkin telah dijangka merupakan pelabur-pelabur utama adalah ke bawah senarai - Itali hanya 4 peratus dan China dan Turki, 2.7 peratus setiap satu.
Di belakang itu, beberapa delegasi perniagaan Perancis telah pun di Libya melihat keperluan dan peluang-peluang dalam membina semula negara ini.

Baru-baru ini, Michel Casals, Presiden  Libyan French Chamber of Commerce telah mengiringi kumpulan  syarikat-syarikat besar  Perancis menyertai pameran Tripoli semasa Pameran Antarabangsa. Perancis menunjukkan minat mendalam untuk melebar sayap ekonomi di Libya[9].

Muhammad Nuruddin Bashah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...