Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Friday, December 27, 2013

APLIKASI ILMU SEJARAH BAGI MAHASISWA BERMISI


APLIKASI ILMU SEJARAH BAGI MAHASISWA BERMISI1
Muhammad Nuruddin Bashah2
Bc Hons Eng (Material) UM


Muqaddimah
Ilmu sejarah kerap dianggap ilmu ‘nasi tambah’ malah subjek ini di universiti dianggap melukut di tepian gantang. Mahasiswa graduasi sejarah tidak dianggap ‘qaidah sulbah’ dalam perjuangan dakwah, hidup bermasyarakat serta dalam alam pekerjaan Malaysia yang hanya menilai manusia sebagai komoditi berkelas tertentu. Rata-rata majikan memilih mahasiswa ‘mesin’untuk menguntungkan kantung akaun mereka.

Ilmu ini sebenarnya adalah didikan asas yang boleh ditemui mudah melalui manhaj didikan Al Quran, malah banyak korpus Hadis Rasulullah bermetodologikan laras ilmu sejarah. Namun nilai persejarah dalam dalil naqli / normatif bukan bersifat ‘historical approach’, sebaliknya lebih kepada ibrah (ibarat atau pengajaran) atau falsafah sesudah sesuatu peristiwa itu dijelaskan.

Lantaran itu beza Bible dengan Al Quran adalah, Bible kaya dengan tarikh (diyakini hasil tokok tambah para penulis dan dinisbahkan kepada para Hakim Yahudi / Nabi bukan Rasul), manakala Al Quran tidak dinyatakan tarikh atau nama tempat yang tepat dari aspek geografi.

Istilah Sejarah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Syajaratun yang berarti pokok. Penggunaan kata tersebut dalam konteks masa lalu mengacu pada pohon silsilah. Dalam hal ini makna sejarah itu hanya mengacu pada masalah asal usul atau keturunan seseorang.

Maksud Sejarah yang lebih dekat dengan pengertian, terkandung dalam bahasa Yunani iaitu Historia yang berarti Ilmu atau Orang pandai. Dalam bahasa Inggeris, History iaitu masa lampau umat manusia3.

Menurut "Bapa Sejarah Sekular" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan suatu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.
Ibnu Khaldun, mendefinisikan sejarah sebagai catatatan umat manusia atau peradapan dunia dan tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak masyarakat itu.

Aristoteles, menyatakan bahawa sejarah adalah suatu sistem yang meneliti suatu kejadian dalam bentuk kronologi dan semua peristiwa masa lalu mempunyai catatan dan bukti-bukti yang kuat.

Arab juga menggunakan kalimah ‘sirah’ iaitu perjalanan untuk menggambaran cerita hidup seseorang. Lantaran itu kisah Rasulullah disebut Sirah bukannya shajarah kerana tarikh dan nama-nama kaum keluarga, silsilah Rasulullah tidak dititik berat berbanding perjalanan pra-nubuwwah, perjuangan dakwah Rasulullah.

Siapa mahasiswa bermisi?
Penulis mensasarkan kertas ini untuk menyunik minat dan ghairah mahasiswa yang bermisi untuk menerapkan kecintaan dan cakna yang optima terhadap disiplin ilmu sejarah. Misi disini pastilah bukan misi menggenggam ijazah, memburu CGPA, berusaha menjadikan pinjaman sebagai biasiswa atau hanya terliur melihat iklan-iklan jawatan eksekutif syarikat ternama dalam harian Metro.

Misi di sini pastilah misi memain peranan sebagai Khalifah di muka bumi, memastikan setiap sistem, sosial, tempat kerja, negeri, seterusnya negara agar tunduk kepada syariah Islam walaupun apa metod sekali pun. Jika di dalam dada mahasiswa tiada tekad itu dalam setiap minit kehidupan, mereka pastilah bukan mahasiswa bermisi sebaliknya hanya manusia bersifat mesin/jentera yang efisyen mampu mengeluarkan hasil menguntungkan kapitalism semata-mata.

Ciri Mahasiswa bermisi untuk persediaan menjadinkhalifah menurut manual Al Quran4:
  1. Luas ilmu dan kekuatan fizikan (bastatan fi al-`ilmi wa al-jism) dalam konteks Talut,


Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". ( Al baqarah : 247)

  1. Penjaga dan pengurus yang baik serta berpengetahuan (hafizun `alim) dalam konteks Nabi Yusuf `a.s.

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya". (Yusuf: 55)

3. Kuat dan Amanah (al-qawiyy al-amin)dalam konteks Nabi Musa `a.s.
salah seorang di antara perempuan Yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah Dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), Sesungguhnya sebaik-baik orang Yang ayah ambil bekerja ialah orang Yang Kuat, lagi amanah". ( Al Qasas : 26)


Menurut Ibnu Khaldun.
Sejarah adalah catatan tentang masyarakat umat manusia atau peradaban dunia, tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada watak-watak masyarakat itu, seperti keliaran, keramahtamahan dan persaudaraan golongan, tentang revolusi-revolusi dan pemberontakan-pemberontakan oleh segolongan rakyat melawan golongan yang lain dengan akibat timbulnya kerajaan-kerajaan dan negara-negara, dengan tingkat bermacam-macam, tentang bermacam-macam kegiatan dan kedudukan orang, baik untuk mencapai penghidupannya, mahupun dalam bermacam-macam cabang ilmu pengetahuan dan pertukangan, dan pada umumnya tentang segala perubahan yang terjadi ke dalam masyarakat kerana watak masyarakat itu sendiri ………………….
Contoh pengamatan sisi sejarah Ibnu Khaldun
  1. Kekuatan kedaulatan (al-mulk) tidak dapat dipertahankan kecuali dengan mengimplementasikan syariah;
  2. Syariah tidak dapat diimplementasikan kecuali oleh sebuah kedaulatan (al-mulk);
  3. Kedaulatan tak akan memperoleh kekuatan kecuali bila didukung oleh sumber daya manusia (ar-rijal);
  4. Sumber daya manusia tidak dapat dipertahankan kecuali dengan harta benda (al-mal);
  5. Harta benda tidak dapat diperoleh kecuali dengan pembangunan (al-‘imarah);
  6. Pembangunan tidak dapat dicapai kecuali dengan keadilan (al-‘adl);
  7. Keadilan merupakan tolak ukur (al-mizan) yang dipakai Allah untuk mengevaluasi manusia; dan
  8. Kedaulatan mengandung muatan tanggung jawab untuk menegakkan keadilan.

Penulisan sejarah ada pelbagai jenis. Secara ringkasnya:
  1. Penulisan dalam bentuk kronologi, time line. Bentuk ini paling asas yang perlu mahasiswa kenali dan ada simpanan time line untuk pelbagai skop atau tajuk sejarah. Misalnya time line kemunculan ilmuan Islam. Jika tidak dikenali time line, kita tidak akan memehami rentetan, aspek geografi, politik dan sosio budaya para ilmuawan tersebut.
  2. Penulisan metos-sejarah. Paling mudah adalah karya Sulalatus Salatin. Terdapat banyak aspek epik Hindu, Epik Rom diselitkan.
  3. Penulisan sejarah berasaskan peristiwa besar, misalnya perang. Ini adalah kaedah popular Ibnu Ishaq dalam karyanya Al Maghazi dan dikembang oleh Ibnu Hisyam.
  4. Penulisan sejarah berasaskan tokoh utama negara- misalnya Sultan. Bustanul Salatin (Taman Para Sultan), Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Anul Syirwan (Parsi), Hikayat Ali Hanafiyah dan sebagainya. Qisasul Anbiya’ ( Hadiyah Salim) dan Hayatus Sahabah (Sheikh Mohd. Yusof al-Kandhalaw) , Tarikh Khulafa’ ( Imam As-Suyuthi.) adalah antara karya besar.

Cabang kepada ilmu sejarah menurut Ibnu Khaldun
  1. Pengasas sains historiografi (usul at tarikh)
  2. Ilmu kebudayaan dan cara hidup.
  3. Sains Sosial (ilm al Umran)
  4. Politik- polisi
  5. Geografi
  6. Perbandaran

Mahasiswa mungkin perlu mengambil semangat berfikir Ibnu Khaldun dalam membawa misi perjuangan pasca kampus. Antara jasa Ibnu Khaldun beliau adalah pengasas (pioneer) bagi beberapa disiplin ilmu-cara fikir.
  1. Falsafah sejarah - Tokoh seperti HAMKA mungkin contoh terbaik untuk kita melihat kejayaan disiplin ilmu ini.
  2. Pengasas fahaman semangat kekitaan / kemakmuran sejagat(umran al alam).
  3. Pengasas disiplin ilmu perancangan wilayah.
  4. Memecah fahaman bahawa assobiyah itu perlu.
  5. Teori siklus sejarahnya amat berguna.

Sejauh mana Mahasiswa mengambil iktibar melalui pembacaan:
  1. Sirah Sahifah Madinah5 (Perlembagaan Madinah) dan Sulh Hudaibiyah (Perjanjian Hudaibiyah).
  2. Sikap Himayah- assobiyah yang terpuji
  3. Iktibar teori Machievelli dalam The Prince
    1. Politik negara
    2. politik tempat kerja
  4. Teori sejarah konspirasi
    1. Semua perang ada pengasasnya.
    2. Semua ideologi ada pengasasnya
  5. Sejarah perjuangan mahasiswa- zaman sosialis, Islamik, Liberal.
  6. Kejatuhan dan kemunculan sesebuah dinasti pemerintahan Islam - dengan darah, perpecahan, takfir, korupsi, zalim, mazhab.
  7. Sejarah ideologi
  8. Sejarah Perang Dunia yang mengubah landskap politik-polisi dunia

Kepentingan ambil tahu prinsip sains sosial (Ilm al Umran).
  1. Sosiologi yang digelar oleh Ibnu Khaldun Ilmu Al Umran adalah cabang sains sosial berasal dari bahasa Latin yaitu Socius yang berarti kawan, teman sedangkan Logos berarti ilmu pengetahuan. Ungkapan ini dipublikasikan diungkapkan pertama kalinya dalam buku yang berjudul "Cours De Philosophie Positive" karangan August Comte (1798-1857). Walaupun banyak definisi tentang sosiologi namun umumnya sosiologi dikenal sebagai ilmu pengetahuan tentang masyarakat.
  2. Kajian sains sosial meliputi kajian tentang proses kehidupan sosial manusia seperti sosialisasi manusia, interaksi sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial atau kelas sosial, mobiliti dan konflik sosial dan sebagainya
  3. Dalam Islam ilmu muamalah adalah ilmu sains sosial dan ikhtisas yang holistik.
  4. Para mahasiswa yang faham kepentingan sains sosial akan optimis dengan kemapanan ekonomi dan kepentingan ekonomi tanpa manipulasi.
  5. Umran berasal daripada perkataan amara yang bermakna rumah atau bangunan yang mewakili simbolik kemajuan dan peradaban. Juga bermaksud melimpah ruah, kemakmuran. Ia mula digunakan oleh Ibnu Khaldun.
  6. Ibnu Khaldun juga perkenalkan konsep ‘umran al alam (kemakmuran sejagat, semangat kekitaan).
  7. Teori “`umran al-`alam” telah mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun bagi menangani
krisis politik dan sosioekonomi di Asia Barat, khususnya di Andalus dan Afrika Utara pada abad ke-14M akibat berlakunya keruntuhan agama dan akhlak serta perpecahan sesama umat Islam disebabkan perbezaan mazhab, serta kesan dan pengaruh kebudayaan dan pemikiran Parsi dan Yunani kuno6.
  1. Umat Islam pada ketika itu tidak memahami hukum masyarakat dan alam yang sudah ditentukan oleh Allah Ta`ala serta kurang prihatin terhadap penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan.
  2. Walaupun dikatakan bahawa masyarakat dan alam di sekelilingnya sering berubah-ubah mengikut peredaran masa, namun perubahan itu berlaku dalam ketentuan Allah Ta`ala yang tidak berubah
    1. tabi`at al-`umran” (hukum masyarakat)dan
    2. tabi`at al-kawn” (hukum alam)7.

Apakah fokus mahasiswa selepas kampus
  1. Bekerja, memiliki keluarga, anak, menunaikan Haji, pencen, mengaji/belajar ilmu agama- mati.
  2. Misi - Fokus NGO/ Politik/ Dakwah Fardi/Jamaah - bekerja untuk menampung kegiatan yang menjadi misi mereka.
  3. Menjadi ilmuan/tokoh, intelegensia- memperhebat, mempopular dakwah melalui ketokohan,pengaruh diri yang berjaya diperolehi.
  4. Misi NGO/Politik/Dakwah Fardi/Jamaah secara murabitun, makan minum melalui badan yang disertainya.

Apa pun fokus mahasiswa, ilmu sejarah yang holistik sebagaimana tinggalan Ibnu Khaldun perlu menjadi teras. Malah tidak keterlaluan jika Ibnu Khaldun menganggap ilmu sejarah sebagai ‘mahkota pengetahuan’. Pada penulis seasas-asas ilmu sememangnya ilmu Usuluddin. Namun yang memeriahkan kehidupan kita menacap aqidah diri sendiri, keluarga dan masyaraka, dalam keghairahan kita membawa misi dakwah, ilmu sejarah dan sains sosial menjadi sendi-sendi kuat yang memastikan rangka dakwah kita kekal lama dan istiqamah.

Ilmu sejarah/ ilmu umran menjadikan mahasiswa sebagai pekerja yang adil, baik, telus, faham fiqh awlawiyat, faham fiqh waqii’ dan emperis dalam menilai serta faham pengurusan risiko (FMEA), faham kitaran peradaban yang menghendaki kita mengamalkan Plan Do Check Action (PDCA) dalam pengurusan serta bermisi dengan menetap objektif (management by objective /MBO)

Cara menilai sesebuah mesyarakat menggunakan teori Ibnu Khaldun;

  1. Kenali sejarah (At Tarikh) masyarakat / rakan sekerja/ seperjuangan.
Bina kerjasama, team building ( ijtima’ insani)

  1. Kemakmuran sejagat, menilai pemboleh ubah-pembolehubah yang tetap seperti hukum alam, tabiat manusia dan sebagainya. ( umran al alam)

  1. Menurut Zuriah Abdul Rahman, Ibnu Khaldun telah mengajar pengurukan risiko (risk management) melalui sejarah; 8
    1. Individu yang berjaya , organisasi , negara dan negara-negara memahami konsep risiko dengan baik dapat untuk menguruskannya untuk faedah mereka.
    2. Sebaliknya kejatuhan banyak entiti-entiti ini adalah disebabkan oleh ketidakmampuan mereka untuk menguruskan ketidaktentuan yang mengelilingi mereka, iaitu gagal alam pemetaan ufuk dan meninggalkan masa depan mereka kepada nasib .
    3. Ibn Khaldun percaya bahawa kejatuhan masyarakat bukan disebabkan hanya oleh dalaman (internal) dan luaran (external) revolusi dan serangan tetapi juga oleh penentu psikologi dalaman.
    4. Pada zaman moden, acara-acara seperti jatuh bahagian pasaran , pengambilalihan , terlepas peluang dan banyak lagi hasil langsung inersia atau tidak dapat memenuhi tahap ancaman selari persekitaran .
    5. Selain daripada persekitaran luar yang menentukan nasib organisasi, persekitaran dalaman seperti budaya politik dan menguruskan risiko-risiko yang timbul daripada dan organisasi elemen yang penting untuk kelangsungan hidup organisasi perniagaan.

Penutup
Pembentangan ini diharapkan menjadi suntikan untuk para mahasiswa menjadi pencinta ilmu sejarah dan memahami gelagat manusiawi. Dalam usul Ad Dakwah mengenali golongan mad’u juga adalah sebahagian asas dan ia berkesan jika sejarah dan sosiologi mad’u dipelajari. Membaca, mengkaji, menghurai serta berdiskusilah wahai mahasiwa, jangan padamkan sinar bitara dalam perbendaharaan akal dan nurani anda.

24 Disember 2013
1.15 ptg Bertam Putra

1 Dibentang untuk mahasiswa USM, Kafa , 9.00 malam 24 Disember 2013
2 Penulis bebas dan penganalisa isu syariah, sosial. Menulis makalah dalam pelbagai majalah dan web untuk skop sejarah, sosial, ekonomi, sains dan isu antarabangsa. Penulis boleh dihubungi melalui : jihadin82@yahoo.com/ 017-6291368. Lawati blog : http://laman-munawwarah.blogspot.com/ , http://landskapsiasah.blogspot.com/ , http://munawwarah.blogdrive.com/ , http://pentaskajibuku.blogspot.com/

3 Toto Suharto, Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun, Yogyakarta. 2003
4 Rujuk kertas penulis dalam blog : http://munawwarah.blogdrive.com/archive/450.html
5 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.

6 Mahayudin Hj Yahaya, ‘Umran Al ‘Alam Dari Perspektif Ibn Khaldun: Suatu Anjakan Paradigma, International Journal of West Asian Studies Vol. 3 No. 1, 2011 (pp 1-28) http://journalarticle.ukm.my/2034/1/index.pdf

7 Ibid

8 Zuriah Abdul Rahman IBN KHALDUN’S NEW SCIENCE AND ITS CONTRIBUTION TO THE SOCIAL SCIENCES AND RISK MANAGEMENT http://www.uned.es/congreso-ibn-khaldun/pdf/14%20Zuriah%20Abdul%20Rahman.pdf

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...