Pembaca Setia

Sunday, December 22, 2013

Demi kelangsungan diktator -Amerika jadi pembekal senjata


Demi kelangsungan diktator -Amerika jadi pembekal senjata
Muhammad Nuruddin Bashah

Sebut sahaja nama diktator ata pemerintah zalim seluruh dunia. Mereka pasti ada yang mendanai, ada yang menaja malah ada yang menjadi pencatur kemunculan para diktator ini.

Baik Idi Amin di Uganda, Gadafi di Libya, Slobodon Milosevic di Bosnia, Ferdinand Marcos di Filipina, Gamal Abdul Nasir dan Anwar Saddat di Mesir hinggalah Saddam di Iraq kesemuanya ada kaitan dengan pengaruh dan dana White House.

Ada banyak pendedahan para intelegensia dan ahli akademik Barat yang mengaitkan gerakan yahudi rahsia bernama Freemanson sebagai pencatur utama bencana dan kemunculan diktator terutama di dalam dunia Islam. Malah bukan sahaja dunia Islam, negara-negara membangun atau negara dunia Ketiga juga sinonim dengan kemunculan susuk tubuh diktator.

Menurut Arif Budiman para penjajah barat membina dan melatih kepimpinan diktator atau sekurang-kurangnya meninggalkan tapak dan benih untuk menyuburkan kemunculan pemimpin diktator di negara Dunia Ketiga1.

Pelik apabila dilihat sejarah Barat yang diketui oleh raja Kapitalis dunia Amerika Syarikat amat mengalu-ngalukan perubahan status sosial dan nilai demokrasi di negara blok sosialis dan komunis. Malah mereka sanggup bermatian mengerahkan rakyat sendiri untuk berperang menaikkan demokrasi dan keadilan di negara bekas komunis. Akan tetapi mereka hanya ‘bertaqiyah’ malah masih menyokong pemerintahan diktator di negara-negara umat Islam.

Campur tangan Amerika dalam setiap negara Ketiga pasti bermisikan pengekalan hegemoninya sendiri bukan atas keikhlasan memeprjuang demokrasi. Walaupun demokrasi yang dijalan secara telus mampu memberi keselesaan dalam sesebuah negara bangsa, Amerika jelas hanya mempergunakan slogan demokrasi untuk merosakan kemakmuran sesebuah negara atau menangguk di air yang keruh dalam setiap konflik dalaman negara Ketiga.



Selain matlamat politik dan pengekalan hegemoni, ‘pengambil keuntungan atas peperangan’ juga boleh dilabel kepada negara yang mengaku sebagai polis dunia ini. Istilah ‘war profiteer’ juga sinonim.

Pihak yang bergelar pengambil keuntungan perang (war profiteer) adalah mana-mana orang atau organisasi atau negara yang mendapat keuntungan daripada peperangan atau dengan menjual senjata dan barangan lain kepada pihak yang berperang. Istilah ini mempunyai konotasi negatif yang kuat. Mengaut keuntungan umum juga boleh berlaku semasa aman. Misalnya ada jutawan yang didakwa menjual bulu dikitar semula dan kasut kadbod untuk tentera semasa Perang Saudara Amerika suatu ketika dahulu2.



Sammuel Cummings, mantan agen CIA yang kemudian menjadi pemborong jualan senjata mengungkapkan bagaimana perlumbaan senjata negara-negara maju menjadi bencana bagi negara-negara berkembang dan negara-negara dunia Ketiga3.

Ia hampir menyerupai sebuah mesin yang bergerak berterusan. Kita semua mengakui bahawa perlumbaan senjata merupakan sebuah bencana, dan kita semua mengakui bahawa akhirnya akan timbul konflik yang akan menghancurkan dunia beradab yang kita kenal ini. Persoalannya adalah, siapa yang akan mengambil langkah pertama untuk benar-benar mundur (tidak mengembangkan senjata)?”

Ucapan Cummings ini telah disampaikannya dalam sidang di Komisen Hubungan Luar Negeri Senat AS untuk wilayah Timur Tengah dan Asia Selatan, pada 13 April 1967. Cummings sendiri sudah sering terlibat sebagai pemborong senjata di Afrika, Amerika Latin dan Timur Jauh.

Perjalanan sejarah membuktikan apa yang dilontarkan Cummings di hadapan Senat AS pada tahun 1967. Konflik yang terjadi di perbagai belahan dunia, termasuk di Timur Tengah yang merupakan teras dunia Ketiga, menunjukkan perlumbaan senjata yang dihasilkan oleh negara-negara maju. Perlumbaan senjata itu, tidak lepas dari keterlibatan para pemimpin negara-negara Arab yang membeli senjata dari Barat, dengan alasan untuk pertahanan negara mahupun menjaga kelangsungan kekuasaannya.

Tindakan White House yang gemar menjaga tepi kain orang bukanlah sikap seluruh rakyatnya sendiri. Malah ramai yang menentang. Menurut Organisasi Pew Centre yang menjalankan kajian, majoriti rakyat Amerika berpandangan bahawa kerajaan Amerika Syarikat perlu berhenti campur tangan dalam hal ehwal negara-negara lain. Menurut kaji selidik itu, 52% mengatakan Amerika Syarikat "perlu menjaga tepi kain sendiri dan membiarkan sahaja negara lain yang terbaik mereka boleh sendiri." Hanya 38% tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut4.


Sudah bukan menjadi rahsia umum, bahawa Amerika dan Britain, dua negara pengeluar senjata di dunia itu, memiliki sejarah panjang dalam membantu mempersenjatakan para rejim diktator dan pemberontak di negara-negara yang menjadi kepentingannya. Kononnya melawan teroris, dengan polisi sebegitu, Amrika dan Britain sebenarnya mencipta teroris baharu.

Aktivis organisasi Stop the War Coalition yang berpengkalan di London, Lindsey German dalam wawancara dengan Press TV mededahkan bagaimana negara-negara Barat menjadi ‘advance’ dalam penjualan senjata, dan mereka membekal senjata kepada para rejim diktator, terutama para diktator di kawasan Afrika dan Timur Tengah yang saat itu (2011) sedang bergolak oleh revolusi rakyatnya5.

Fakta menunjukkan bahawa rejim diktator banyak menerima bantuan jualan senjata, mulai dari senjata api hingga gas air mata. Senjata itu kebanyakan dikeluarkan oleh Amerika dan Britain. Mengapa negara-negara seperti AS, Britain dan Perancis menjual senjata kepada rejim diktator yang menindas rakyatnya?

Menurut Lindsey German perusahaan senjata dan pemerintah yang ada dibelakang perusahaan persenjataan itu, akan terus menyediakan senjata sebanyak mungkin. Perdana Menteri Britain, David Cameron ketika mengunjungi beberapa negara ketika Mesir dan Tunisia sedang bergolak, mengatakan bahawa rejim di Mesir dan Tunisia adalah rejim penindas, yang menggunakan banyak persenjataan untuk menindas rakyatnya sendiri. Contohnya gas air mata, senjata yang digunakan untuk mengendalikan demostrasi dan himpunan rakyat. Gas ini merupakan peratusan yang sangat besar dalam penjualan senjata.

Lindsey juga menyelar negara Barat sebagai munafik. Misalnya dalam isu Libya, mereka mengecam rejim yang mereka bekalkan senjata, dan kemudian senjata-senjata itu digunakan untuk membunuh rakyat tak berdosa. Kelihatan ia menjadi suatu (devil circle) lingkaran syaitan, dimana Barat datang ke Libya dan juga menggunakan senjata yang lebih canggih untuk melawan rejim yang telah mereka persenjatakan sendiri?

Antara negara terbesar yang menjadi pembekal senjata utama bagi Gaddafi ketika berkuasa Libya, adalah Britain dan Perancis. Lihatlah , bahkan Britain dan Perancis memimpin campur tangan ke Libya.

Selama lebih dari 40 tahun hingga kini (2013), Barat dengan bahagianya mendukung para diktator. Hillary Clinton (menteri luar negara Amerika) mengatakan, kedua belah pihak harus menahan diri. Tapi dia tidak menyebut bahawa salah satu pihak memiliki senjata, sedangkan pihak lain tidak memiliki senjata. Clinton mengatakan hal yang sama tentang Bahrain.

Lidsey menambah lagi bahawa begitu mudah bagi media massa di Britain dan negara-negara lainnya untuk bersikap tidak peduli tentang apa yang terjadi. Apa yang warga global akses adalah cerita-cerita tentang kekejaman yang dilakukan pasukan Gaddafi. Berita itu mungkin benar, mungkin juga tidak benar.


Walaupun China sering dituduh menyokong pemerintahan diktator Afrika, satu kajian baru yang dibuat oleh ahli akademik Norway telah mendapati bahawa Amerika Syarikat membekalkan senjata lebih kurang kepada pembangunan demokrasi berbanding yang dilakukan oleh Beijing.

Banyak senjata kecil yang digunakan dalam perang saudara Afrika adalah dari China dan bekas USSR. Untuk masa yang panjang, negara-negara membangun memilih Barat sebagai rakan untuk menuju negara demokratik tetapi terdapat perubahan sejak pelakon baru hinggap ke benua Afrika iaitu - China.

China seolah-olah menjadi sangat popular dengan diktator Afrika - mereka tidak hirau berkenaan tadbir urus yang baik dan hak asasi manusia.
Media barat dan kumpulan hak asasi manusia secara rutin menuduh Beijing melemahkan pembangunan demokrasi di Afrika.

China telah banyak dikritik oleh Barat kerana sokongannya terhadap Sudan.
Maklumat daripada Stockholm International Institut Penyelidikan Keamanan setelah membanding penjualan senjata antara tahun 1989 dan 2008 oleh China dan AS, ianya mengejutkan kerana didapati juaan senjata China lebih rendah dengan kerajaan diktator atau autokrasi , terutamanya di Afrika berbanding jualan Amerika Syarikat.

Sebenarnya China juga membuat perdagangan banyak senjata dengan negara-negara seperti Zambia, yang merupakan negara demokrasi yang agak baik, manakala Amerika Syarikat yang mempunyai keutamaan bagi negara-negara seperti Mesir, yang mempunyai skor demokratik yang sangat buruk.

Mesir, yang merupakan sekutu penting bagi Amerika Syarikat di Timur Tengah, telah membeli hampir 90 peratus daripada senjata dari Amerika Syarikat di antara tahun 1989 dan 20086.

Pada tahun 1988, ketika konflik Iraq dengan Iran menyusut, Amerika Syarikat telah mempelajari melalui imej satelit bahawa Iran mendapat kelebihan strategik utama dengan mengeksploitasi lubang dalam pertahanan Iraq. Pegawai-pegawai perisikan AS telah sampaikan maklumat lokasi tentera Iran kepada Iraq, menyedari sepenuhnya bahawa tentera Hussein akan menyerang dengan senjata kimia7.

Sokongan dari Amerika Syarikat ke Iraq bukannya rahsia dan sering dibincangkan dalam sidang terbuka Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Pada 9 Jun 1992, Ted Koppel telah melaporkan pada Nightline ABC , bahawa " pentadbiran Reagan / Bush dibenarkan dan kerap digalakkan - aliran wang , kredit pertanian, dwi-guna teknologi , bahan kimia, dan senjata kepada Iraq8. Selepas Iraq melawan kehendak White House barulah Iraq digelar negara pengganas.

Menurut tentera bersara Kolonel Patrick W. Lang, pegawai kanan perisikan pertahanan untuk Amerika Syarikat Agensi Perisikan Pertahanan pada masa itu, "penggunaan gas di medan perang oleh rakyat Iraq bukan satu menjadi kebimbangan strategik" untuk Reagan dan pembantunya, kerana mereka " terdesak memastikan bahawa Iraq tidak hilang (kalah perang). Lebih daripada 60 pegawai Agensi Perisikan Pertahanan telah memberikan maklumat terperinci mengenai penugasan Iran. Pentadbiran Reagan tidak berhenti membantu Iraq walaupun selepas menerima laporan yang mengesahkan penggunaan gas beracun olh rejim Saddam ke atas orang awam Kurdish. Benar sungguh kemunafikan Amerika terhadap isu hak asasi dan kemanusiaan9!




Penggunaan senjata kimia dalam peperangan diharamkan di bawah Protokol Geneva 1925. Iraq sewaktu dibawah tadbiran Saddam tidak pernah mengesahkan protokol; Amerika Syarikat pula mengesahkan pada tahun 197510.

Lihat pula aporan yang pernah didedah oleh majalah Parade.

Retorik White House mengatakan bahawa bantuan pembangunan harus disalurkan n ke negara-negara yang bebas daripada rasuah undang-undang dan dasar-dasar yang kondusif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Presiden Bush sendiri telah mengasaskan mengasaskan Millennium Challenge Accounts untuk saluran bantuan kepada negara-negara tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa negara telah layak untuk dibantu oleh program ini dan didapati hanya sedikit wang telah sebenarnya telah dikeluarkan untuk yang layak. Sebaliknya, Amerika Syarikat dan negara-negara rakan dalam Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), telah menyumbang banyak bantuan kepada rejim-rejim diktator yang menindas!



Majalah Parade pada tahun 2006 meletak kedudukan Omar al -Bashir di Sudan sebagai diktator paling teruk di dunia. Semasa pemerintahannya negara OECD memberi rejim beliau lebih daripada $ 6 bilion dalam bantuan bukan ketenteraan. Amerika Syarikat menyumbang lebih daripada $ 1 bilion dalam bantuan itu.

Kim Jong- Il Korea Utara pula telah disenaraikan sebagai diktator kedua paling teruk dan menerima t lebih daripada $ 1 bilion dalam bantuan, dengan lebih separuh daripadanya datang dari Amerika Syarikat.

Manakala Than Shwe di Myanmar, Robert Mugabe di Zimbabwe , dan Islam Karimov di Uzbekistan menerima sumbangan Amerika Syarikat yang cukup banyak iaitu $ 32 juta ke Myanmar, $ 1.1 bilion Zimbabwe, dan $ 385 ratus juta untuk Uzbekistan.

Secara keseluruhannya, negara-negara OECD menyumbang bantuan kepada setiap seorang daripada 20 diktator yang paling buruk. Gabungan, pemimpin-pemimpin ini menerima hampir $ 55 bilion.

Bantuan tajaan kerajaan telah gagal untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di dunia ketiga. Dari tahun 1970 hingga 2000, lebih daripada $ 400 bilion ditabur ke dalam negara-negara Afrika miskin tanpa menunjukkan sebarang pembangunan. Bukan sahaja telah gagal untuk menggalakkan pembangunan, dalam banyak kes bantuan tersebut kelihatan telah menyokong dan memperkuat pemerintahan diktator untuk terus menindas rakyat negara Ketiga11.



Item bajet paling pesat berkembang di Amerika Syarikat adalah bantuan asing dan ia tumbuh dengan kadar yang sangat tinggi berbanding sebelum ini dalam sejarah.

Yang paling membimbangkan menurut laman http://www.politicolnews.com/ daripada berbilion-bilion dolar wang berkaan Amerika sebenarnya meminjam daripada China12!

Hari ini hutang Amerika Syarikat adalah $ 12.1 trilion dolar, tetapi Rizab Persekutuan mengikat angka pada 100 trilion dolar dalam hutang yang boleh membawa Amerika bankrap dari segi moral dan kewangan.

Malah dunia juga mengetahui Israel adalah antara penerima dana khas Amerika Syarikat dan Israel juga merupakan sebuah kerajaan zalim.

Dengan kadar mengangguran yang kian tinggi di negara ‘Cowboy’ tersebut, Amerika Syarikat sebenarnya sanggup membiayai diktator seperti: Idi Amin , Fidel Castro, Joseph Stalin, Vietnam Utara dan reaktor nuklear AS dibiayai ke Korea Utara. Kebanyakan maklumat ini tidak pernah didedah untuk orang ramai.

Apabila tidak ada wang yang cukup untuk diktator mereka mendapat pembiayaan dari IMF atau Bank Dunia yang bersedia untuk mengambil alih semua bank-bank di dunia di bawah inisiatif global baru oleh G-20. China dan Rusia merupakan pemberi pinjaman terbesar kepada Bank Dunia dan dengan senang hati memberi pinjaman wang untuk berbelanja besar seperti Amerika Syarikat yang meletakkan negara ke dalam hutang.


Menurut Richard F. Grimmett dalam tulisannya Conventional Arms Transfers to Developing Nations, 2004-2011, negara membangun terus menjadi tumpuan utama aktiviti penjualan senjata oleh pembekal senjata asing. Pada tahun-tahun 2004-2011, nilai perjanjian pemindahan senjata dengan negara-negara membangun terdiri 68.6% daripada semua perjanjian di seluruh dunia.

Baru-baru ini, perjanjian pemindahan senjata dengan negara-negara membangun yang ditubuhkan 79.2% daripada semua perjanjian di peringkat global dari 2008-2011, dan 83.9% daripada perjanjian-perjanjian ini pada tahun 2011.

Nilai semua perjanjian pemindahan senjata dengan negara-negara membangun pada tahun 2011 adalah lebih $ 715 bilion. Ini adalah peningkatan yang ketara daripada $ 327 bilion pada tahun 201013.

Pada tahun 2011, Arab Saudi berada tempat pertama di dalam nilai perjanjian pemindahan senjata di kalangan semua negara-negara membangun senjata pembeli, dan iaitu bernilai 337 bilion dolar. Lebih menarik dalam perjanjian tersebut Arab Saudi tuan rumah Mekah itu membuat jual beli bernilai 334 bilion dengan Amerika Syarikat (99%). India menduduki tempat kedua dengan $ 690 bilion dalam perjanjian tersebut manakala Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tempat ketiga dengan $ 4.5 bilion.

Dengan jual beli senjata yang cukup tinggi dengan Amerika, adakah selama ini Arab Saudi mampu menjadi polis pengaman di kalangan negara Arab? Jawapannya tidak malah Arab Saudilah negara yang menurut telunjuk Amerika sehingga hari ini.

Walaupun rakyat Amerika memiliki tanggapan positif terhadai imej negara mereka selepas Barack Obama mengambil alih jawatan, kini mereka kembai berpandangan sebagai negatif sepertimana saat pentadbiran Bush. Tujuh dalam sepuluh rakyat percaya Amerika Syarikat adalah kurang dihormati oleh negara-negara lain sementara hanya 7% mengatakan Amerika Syarikat kian lebih dihormati dan 19% mengatakan ia adalah seperti dahulu kekal dihormati14.

Muhammad Nuruddin bin Bashah




1 Arief Budiman, Kebebasan, negara, pembangunan: kumpulan tulisan, 1965-2005, Jakarta, 2006.
8 Koppel, Ted. The USS Vincennes: Public War, Secret War, ABC Nightline. July 1, 1992.
9 Tyler, Patrick E. Officers Say U.S. Aided Iraq in War Despite Use of Gas New York Times August 18, 2002.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...