Pembaca Setia

Sunday, July 7, 2013

Usaha Jahat Yahudi Jatuhkan Morsi


Usaha Jahat Yahudi Jatuhkan Morsi
Muhammad Nuruddin Bashah

  1. Muqaddimah
Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 antara tujuan utamanya selain mengikat ukhwah Islam di Mesir juga bertujuan menginsafi kejatuhan Uthmaniyah 4 tahun sebelum itu serta bercita-cita besar mengembalikan sistem secara adil dan saksama. Hal yang baik daripada kekhalifahan akan diambil, manakala pemborosan, kezaliman mahupun polisi ‘ghair syariy’ akan diabaikan oleh pengasasnya As Syahid Imam Hassan Al Banna.

Pengetahuan saya berkenaan Ikhwan ini sedari zaman Matrikulasi menjadikan diri saya konsisten untuk bersama rangkaian jamaah dan gerakan islam yang menuruti ‘sibghah’ Ikhwanul Muslimin serata dunia.
Buku dan kitab karangan beliau, risalah Jihad, Risalah Mukhtamar Ikhwan, Risalah Thalasa dan beberapa karangan beliau dalam Majalah Al Manar[1] yang diasaskan oleh guru beliau Rasyid Redha telah menjadi sumber inspirasi untuk saya dan rakan-rakan memacu langkah untuk bersama dengan jamaah beracuan Ikhwan.
Terlalu ramai mahasiswa dan para pendokong jamaah yang menerima anjakan momentum daripada kajian dan pembacaan buku-buku karya Mustafa Sibaie, Said Hawwa, Mustafa Masyur, Hassan ismail Hudhaibi, Umar Timisani dan pelbagai karya ulama’ Ikhwan yang adanya mati di penjara dan tali gantung rejim Mesir 1940 hingga 1960an dahulu.
Asas fiqh amal Islamiiaitu  taarif, takwin dan tanfiz dihasilkan melalui kesimpulan gagasan beliau membina gerakan yang berasaskan fiqh marhaliy (pemeringkatan) yang baik. Usul 20 (prinsip 20) yang dianjur beliau cukup berjaya menghasilkan ketumbukan petugas Islam yang istiqamah hingga hari ini.
Saya menginsafi sikap As Syahid Imam menilai suasana Mesir yang cukup rosak di saat pemerintahan Raja Farouk pasca Perang Dunia II. Tindakan menembak mati beliau pada bulan Februari 1949 oleh rangkaian ‘intelligent’ Yahudi Mesir cukup menampakkan konspirasi besar Yahudi untuk membunuh gerakan Ikhwan sejak tahun 1940an lagi. Mayat beliau disemadi tanpa ahli keluarga. Beliau dinafikan hak untuk ke hospital. Matilah seorang ‘khalifah’ gerakan islam dan ia sama sahaja ceritanya dengan akhir hayat Sultan Abd Hamid II yang menjadi sumber inspirasi besar Imam Sy Syahid.  Perlu diinagtkan tahun 1949 adalah juga tahun kejayaan Yahudi mencipta negara Komunisme di China untuk terus berlakon watak memerangi kapitalisme barat. Semuanya berpaksikan tali boneka mainan Yahudi antarabangsa.
Apa yang berlaku kini terhadap Dr Morsi adalah jangkaan ramai. Yahudi dan petualang mereka di White House hanya memberi kemenangan selesa sementara sahaja untuk mengabsahkan sistem demokrasi yang diperjuang barat. Dalam masa yang sama tentera yang belum cukup ditarbiah atau belum berkesempatan dididik  melalui program-program ‘siir’ (rahsia)  Ikhwan telah menjadi anjing Yahudi menggulingkan Morsi.
Hal yang sama di saat kebangkitan Mustafa Kamal At Tarturk melalui kerjasama Freemason di Turki sekitar tahun 1909 lagi. Kebangkitan anak muda yang tidak dibimbing di asuh secara Islam akan menghasilkan anarki yang berbahaya. Walaupun pada asalnya gerakan kebangkitan Mesir adalah murni dan dipinpin oleh anak muda tarbawi di kalangan mahasiswa[2]. Intifadhah ini akhirnya menatijahkan kebangkitan menjatuhkan Hosni Mubarak yang sekian lama meneruskan polisi dasar Sosialis Arab yang cukup jijik dilihat dari kaca mata Islam. Akan tetapi Yahudi terus memainkan jarum menyelinap di dalam kelompok kebangkitan dan menghasilkan hujah-hujah dielektika mempertikai kepimpinan Islam Morsi.
Parti Wafd yang jelas kemunafikannya telah lama dijelaskan oleh Al Qaradhawi dalam kitabnya. Mahasiswa Ikhwan pernah dibunuh oleh mahasiswa daripada Parti Wafd bernama Sodiq Sa’d Mari’e[3].
Hal ini sama sahaja hari ini. Keganasan, gengsterisme, budaya samseng akan menjadi pilihan gerakan sekular mendepani kebangkitan jamaah Islam malah ada yang berdarah dan maut. Isu lubuk Merbau, isu baling kasut di Masjid Pumpong Kedah, isu keganasan di Felda dan keganasan terhadap mahasiswa di Pekan adalah antara keganasan sekularisme di Malaysia atas nama fahaman Kebangsaan (qaumiyyah) yang sempit.

  1. Eratnya Ikhwan dengan gerakan Islam Malaysia


Gerakan Ikhwan cukup sinonim dengan gerakan Islam di Malaysia. Tidak ketinggalan adalah Parti Islam SeMalaysia. Pengaruh Ikhwan di era pentadbiran Dr Burhanuddin Al Helmi mungkin tidak ketara atau hanya dijadikan idealog semata-mata kerana khabar Ikhwan hanya kuat dibawa masuk ke Malaysia melalui Dr Zulkifli Muhammad.
Namun sejurus kebangkitan Ulama’ dalam PAS, para pemuda antaranya yang kini menjadi Presiden PAS berjuang mengasimilasikan sistem tarbiah Ikhwan dalam PAS bukan sekadar dijadikan idealog atau falsafah perjuangan semata-mata. Sistem hieraki PAS juga cocok dan kena dengan sistem pengkaderan Ikhwan dan hal ini dijelaskan secvara lengkap oleh Ustaz Riduan Mohd Nor dalam beberapa karyanya[4].
Jika di era Tok Janggut, rakyat Kelantan dan Terengganu menerima suntikan semangat daripada Turki dan ia disampaikan melalui pelajar Melayu di Mekah dan Madinah, pengaruh ini sebenarnya juga sama seperti pengaruh kebangkitan Ikhwan puluhan tahun selepas Pan-Turki yang dilancarkan oleh Khalifah islam sedunia ketika itu di Turki. Kebangkitan Pan Turki lebih berjaya mempengaruhi para elit, Sultan dan Raja Islam serata Dunia berbanding Pan-Islamisme yang dibawa oleh Ikhwan di Mesir. Suntikan pengaruhnya di Malaysia cukup kuat dan kukuh hingga kini. Antara pengaruh besar pemikir Ikhwan yang bercambah di Malaysia adalah As Syahid Syed Qutb yang mati di tali gantung sekitar 1960an dahulu[5].

Kisah Ikhwan kian malap akibat peminggiran oleh kerajaan Mesir, pengharaman dan penangkapan berperingkat sekitar tahun 1960an hingga 1990an. Ikhwan bergerak secara ‘underground’. Hanya Mursyidul Amnya sahaja yang dihebahkan serata dunia. Tanzim (organisasi) Ikhwan dirahsiakan. Maka kuranglah berita dan maklumat berkenaan strategi Ikhwan dihebahkan melainkan kepada mahasiswa luar negara yang menerima tarbiah Ikhwan sendiri.
Era ICT milenium menyaksikan Ikhwan kian gemilang. Kerahsiaan bukan lagi mampu ditakung kerana geraan Islam juga perlu seiring dengan perkembangan global yang menghendaki metod baru ‘muwajahah’ Ikhwan.
Banyak web yang mengulas berkenaan Ikhwan disiarkan. Kebangkitan ICT inilah juga membantu anak muda Mesir menjatuhkan Mubarak, mendesak pemerintah mengadakan Pilihanraya adil dan natijah pilihanraya yag telus adalah kejayaan Parti Islam seperti  Ikhwan untuk menang!

  1. Yahudi disebalik rampasan kuasa
Sejurus diumum tentera mengambil alih pada 3 Julai 2013, ia telah  menjadi detik bersejarah.  Hakim Adly Mansour yang beragama Kristian dinobat sebagai Presiden sementara menantikan Pilihanraya diadakan.
Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional[6].
Morsi dan pasukan presiden ditahan sebagai tahanan dalam rumah. Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour. Presiden Morsi hanya mempu mengeluar kenyataan melalui laman Facebooknya berkata, dan beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.
Andel Fattah al-Sisi iaitu Jeneral Tentera Mesir yang dilantik sendiri oleh Morsi mengisytiharkan penyingkiran Morsi.
Hari ini Yahudi kembali menunjukkan sikap sebenar mereka terhadap kebangkitan Islam.
Akhbar Mesir Al Ahram 5 Julai  melaporkan bahawa Israel berharap agar tentera Mesir menekan militan Islam di Sinai. Ahli parlimen  Tzahi Hanegbi, yang rapat  dengan Netanyahu, menyambut gembira penyingkiran Mursi, dan mengatakan bahawa Israel inginkan ‘Mesir tetap stabil, yang memihak Barat dan Amerika Syarikat, dan bahawa ia tidak membiarkan dirinya terbawa oleh gelombang ekstremisme agama’.
Hanegbi menambah  juga selama tahun Mursi dalam kekuasaan, Israel melihat perkembangan yang membimbangkan, dan menganggap penggulingan oleh  tentera dan pihak berkuasa sekular mampu menjamin kestabilan negara. Kenyataan samseng dunia ini dijelaskan lagi oleh bekas duta Israel di  Mesir, Yitzhak Levanon, yang  juga menekankan peranan positif dari tentera di Mesir[7].
Harian Israel, Yediot Aharonot mengatakan bahawa "kerjasama keselamatan" antara kedua-dua negara telah ditingkatkan dalam beberapa hari terakhir kejatuhan Morsi. Ini Konspirasi besar yahudi yang ada di kalangan rakyat Malaysia jahil mengenainya!
Tindakan wakil rasmi Israel yang secara rahsia di Kaherah untuk bertemu dengan pihak keselamatan Mesir dan para pegawai perisikan didedahkan oleh Harian Israel, Yediot Aharonot juga.
Seorang penganalisis televisyen awam, Udi Segal, berkata bahawa tentera Mesir mesti  terus mengejar dasar bermusuhan dengan penguasa Hamas dari  Gaza serta  menghalang terowong antara Gaza dan Mesir  untuk mencegah gerila  Islam Palestin daripada menyelinap ke Mesir.
Semenanjung Sinai merupakan salah satu wilayah pergerakan kumpulan jihad Jama'ah Ansharu Baitil Maqdis malah kumpulan jihad ini telah melakukan 16 kali operasi pengeboman terhadap saluran paip gas dari Mesir ke Israel. Serangan-serangan inilah  yang menggoyahkan ekonomi dan industri penjajah zionis Israel.
Kerajaan Morsi ditakdirkan tidak kukuh kerana  jarak perbezaan pengaruh adalah kurang dua peratus. Populariti pembangkang yang bersifat sekular adalah  besar.

Penulis menolak pandangan Datuk Dr. Aziz Jamaludin Mhd Tahir, Yang YDP Yadim  yang disiar dalam Utusan Malaysia 29 Jun 2012 lalu bahawa tahap keyakinan rakyat Arab terhadap pentadbiran islam masih rendah. Menurut beliau pengalaman bahawa parti yang berasaskan Islam hayatnya tidak boleh bertahan lama hanya kerana mengambil contoh kejatuhan  parti Refah di Turki, FIS di Algeria, Taliban di Afghanistan, Liga Awami di Pakistan dan kepimpinan Gus Dur yang berasaskan ideologi Nahdatul Ulama di Indonesia.
Hakikat sebenar kejatuhan kerajaan –kerajaan Islam tersebut yang berjuang atas gelanggang demokrasi yang dijual oleh Barat kepada negara umat Islam itu disabotaj melalui hasutan, tajaan, pendanaan dan suntikan latihan-latihan untuk menjatuhkan kerajaan yang beraliran Islam sejati.

  1. Reaksi Barat terhadap penobatan Morsi sebelum ini
Antara reaksi Barat proksi Yahudi sejurus kemenangan Ikhwan di Mesir dahulu[8];
·         Kemenangan Ikhwan Muslimin turut dilihat Israel sebagai halangan besar untuk mencaturkan geopolitik di Asia Barat .
·         Salah seorang menteri Israel memberikan amaran, rejim zionis "bersedia berperang".
·         Presiden Barrack Obama mengutuskan ucapan tahniah tetapi tidak memberi banyak ulasan.
·         Morsi membuat kenyataan akan menyemak semula Perjanjian Kem David yang ditandatangani Jimmy Carter dan Anwar Sadat pada 1979. Akibat perjanjian itu, Sadat pada 1981 terbunuh manakala kumpulan Ikhwan Muslimin dituduh merancang pembunuhan tersebut dan hal ini menaikkan kemarahan Yahudi sedunia.
·         "Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.
·         Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel.
Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya pasca Mubarak berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam[9].

  1. Ikhwankah  yang mencetus kekuasaan tentera?
Ada juga pihak yang menyalahkan Ikhwan sehingga terwujudnya kuasa Tentera yang kini menjerut kembali leher Ikhwan.
Ikhwan Muslimin yang terkenal sejak Perang Dunia Pertama dan ada peranannya dalam revolusi Mesir pada 1952 akhirnya diiktiraf melalui pilihan raya.
Menurut mereka Imam Al-Banna juga mendokong revolusi 1952 (walaupun beliau mati sebelum kejayaan Revolusi berkenaan) dengan menyaksikan kejatuhan pemerintahan beraja dan digantikan pemerintahan autoritarian tentera.
Al-Banna melalui Ikhwan Muslimin dikatakan merupakan penggerak menjatuhkan pemerintahan Raja Farouk yang membawa kepada penubuhan kerajaan autoritarian pimpinan Gamal Abdel Nasir[10].
Tuduhan ini adalah tuduhan yang tidak berasas dengan mengenepikan waqi’ sebenar Mesir ketika itu.
Nasir adalah seorang penipu yang berpura-pura bekerjasama dengan Ikhwan untuk menjatuhkan kekejaman Raja Farouk sebelum itu. Sebenarnya beliau adalah sekularis yang dahsyat. Fahaman pragmatiknya dinyatakan oleh anggota Dubbat Ahrar, Leftenan Muda Husin Muhammad hamudah bahawa disebalik kejayaan Revolusi 1952 adalah disebabkan baiah Jamal Abdul Nasir dengan Ikhwan untuk memartabatkan Islam. Sebenarnya beliau khatam membaca buku The Prince karangan Niccollo Mechievelli sebanyak 17 kali malah menghafal bait-bait ajaran pragmatisme Mechievelli itu[11].   
Selepas Nasir mendapat kuasa, Ikhwan Muslimin dan Syed Qutb  dilihat sebagai pengancam dan pengacau lalu diharamkan. Hasil revolusi yang dinodai sekular seperti Nasir, Anwar Sadat telah melahirkan pemimpin-pemimpin autoritarian yang menguasai Mesir selama 60 tahun.
Sejarah politik Mesir semuanya penuh dengan pertumpahan darah dan huru-hara. Anwar sadat juga dibunuh. Begitu juga dengan peralihan kuasa daripada Mubarak kepada Mursi sekarang ini. Ia berlaku selepas terjadinya huru-hara. Bangsa Mesir hanya boleh diajar dengan bantahan rakyat. Tetapi ia mungkin absah untuk pemerintah yang zalim. Jika pemerintah yang adil dan hanya setahun jagung seperti Morsi, pastilah ada tangan ghaib yang anti Islam melakukannya.
Dalam revolusi rakyat di Dataran Tahrir yang bermula Januari 2011, sekurang-kurangnya 900 nyawa melayang sebelum Mubarak bersetuju melepaskan kuasa bagi diadakan pilihan raya yang menyaksikan kemenangan Morsi dan FJP[12]. Rakyat inginkan pilihanraya yang adil, bukan ingin membunuh Mubarak sebagaimana di Libya.

  1. Apa sebenarnya alasan pembangkang menjatuhkan Morsi?
Dalam Laman sesawang  Al Arabiya, bertarikh 4 Julai 2013, ada catatan  10 sebab  Morsi  ingin dijatuhkan oleh pembangkang. Faktor-faktor itu antara lain "Ikhwanisasi" negara Mesir, campur tangan mahkamah, pemecatan orang kuat dalam  tentera bekas penyokong Hosni Mubarak dan sebagainya[13].
  • Menjaga revolusi.
Apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.
  • Ikhwanisasi Negara.
Dalam sebulan, Morsi meletak  anggota Ikhwanul Muslimin untuk berada  di pelbagai institusi negara. Sekurang-kurangnya ada 5 kader Ikhwanul Muslimin dijadikan pejabat di pelbagai jabatan, 8 orang di pejabat presiden, 7 orang menjadi gabenor, 12 orang sebagai  pembantu gabenor, 13 orang di pejabat gabenor, dan 12 orang sebagai Datuk Bandar. Menjadi lumrah mana-mana kepimpinan untuk meletak golongan yang pro mereka untuk memudahkan perjalanan polisi kerajaan.  Ia bukan istilah ikhwanisasi. Ia adalah suatu usaha islamisasi yang meletak kader gerakan islam yang telah siap ditarbiah. Kejengkelan penjawat awam sekular menyebabkan dendam menjadi barah.
  • Kehakiman
Morsi memecat pendakwaraya Abdel Majid Mahmoud pada November 2012 lalu. Mursi melantik Tala’at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun. Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru. Semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah.
  • Pemecatan golongan berpangkat dalam Tentera
Morsi memecat Jeneral Mohammed Tantawi yang pernah berkhidmat sebagai menteri pertahanan semasa Hosni Mubarak memimpin Mesir.Tantawi merupakan orang kuat tentera Mesir.
  • Kekerasan pada Media
Pemecatan ramai editor menghantui sejumlah surat kabar negara, ditambah lagi dengan perampasan. Dasar itu dikatakan akan menggangu kebebasan media di Mesir di bawah kekuasaan Morsi.
Lebih daripada 200 wartawan disiasat pendakwaraya.
  • Kegagalan Ekonomi
Morsi dinilai gagal memenuhi janjinya untuk menaikkan upah dan taraf hidup rakyat. Adalah suatu yang tidak logik jika Morsi yang baru hanya setahun menjadi presiden melaksanakan semua manifesto FJP.
Sebenarnya, Morsi cuba memperbaiki ekonomi negaranya dengan meminda undang-undang cukai pada akhir November 2012. Namun, usahanya justru menaikkan harga barang-barang keperluan pokok masyarakat. Kemelesetan hidup cukup buruk akibat kebejatan Mubarak sebelum itu.
  • Deklarasi Darurat
Deklarasi kecemasan yang diterapkan Morsi di 3 bandar yang berhampiran dengan Terusan Suez setelah 4 hari rusuhan awam dipandang tidak berkesan.
  • Pengampunan Tahanan
Keputusan Morsi mengeluarkan surat keputusan untuk memaafkan 22 tahanan ditentang. Tahanan yang diampuni itu terlibat penjualan ubat terlarang dan pembunuhan.
  • Tuduhan ke Pembangkang
Morsi dikatakan melontarkan tuduhan ke sejumlah tokoh pembangkang, seperti bekas ketua nuklear Mohammad Al Baradei, pemimpin pembangkang Hamdeen Sabahi, dan Amr Moussa. Morsi menganggap  mereka menghasut rakyat terhadap presiden yang baru terpilih dan ia memang dilakukan mereka secara agresif kerana tidak dapat menerima kemenangan puak Islamis.
Dr Morsi menjelaskan sebab beliau menggunakan kuasa istimewa Presiden Republik adalah bertujuan untuk menyekat ancaman-ancaman dan perancangan jahat saki baki rejim Mubarak.
Dalam masa yang sama, pembangkang Morsi terus menerus menggelar Dr Morsi sebagai “Diktator” , “bayangan Mubarak” dan lain-lain gelaran melalui akhbar mereka.
Pada 24 November 2012, Abul ‘Izz Hariri, seorang Ahli Parlimen Mesir dari Parti Sosialis Rakyat, berhaluan kiri telah ditangkap sewaktu membayar upah kepada kumpulan samseng bagi membakar pejabat dan markaz Ikhwan Muslimin di Iskandariah. Pejabat FJP di Jalan Jisr Suez, Alfu Maskan kira-kira 500 meter dari pejabat Ikhwan yang dibakar sebelum itu turut diserang.
Beliau antara 13 calon yang bertanding Presiden Mesir pada pusingan pertama semasa Pilihanraya Presiden yang lalu.
Kelab Hakim wilayah Iskandariah memutuskan untuk menggantung kerja di semua kompleks hakim di Iskandariah sebagai protes keputusan Mursi yang menekan para hakim sekular.
Kelab Hakim Mesir mengadakan Mesyuarat Khas Tergempar bagi membincangkan keputusan Presiden Mursi dan mula menghasut rakyat untuk memberontak.
Keadaan Morsi cukup genting sepanjang pemerintahan beliau.
Beliau juga berhadapan dengan tekanan dari Israel. Paling utama adalah untuk mendapatkan restu US kerana US menguasai Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF)  dan juga berpengaruh ke atas Israel.
Sejurus kemenangan Morsi, Setiausaha Luar Negara US, Hillary Clinton, telah menemui beliau di Kaherah. Selepas pertemuan tersebut, Hillary telah menemui Ketua SCAF Marsyal Hussein Tantawi secara berasingan. Dalam sidang media yang diadakan selepas itu Hillary telah menegaskan kepentingan untuk menghormati perlembagaan baru oleh semua pihak, menggesa tentera untuk menyerahkan kuasa sepenuhnya Presiden, memastikan kestabilan rantau(baca: Israel) dan menyeru kerjasama semua pihak untuk kearah sebuah negara sivil yang demokratik.
Dr Morsi setelah itu dalam kenyataanya menafikan akan menerapkan hukum syariat kerana berhujah bahawa  syariat telah terkandung dalam perlembagaan Mesir 1923. Beliau juga menyatakan akan menghormati semua perjanjian dengan Israel dan ianya kerana untuk tidak melakukan perubahan yang terlalu mengejut.
Kejadian pembunuhan pengawal sempadan Mesir di wilayah Sinai telah dimanipulasi Israel untuk memberi tekanan kepada Morsi kononnya keselamatan Israel terancam. Sebagai respon, Morsi bersetuju menempatkan kereta kebal dan pesawat di situ.
Morsi melantik Jeneral Abdul Fatah Al Sissi, bekas Ketua Perisikan Mesir sebagai ketua tentera yang baru sedangkan  Sissi yang dikatakan mempunyai hubungan yang baik dengan Ikhwanul Muslimin sejak dulu, sebenarnya juga rapat dengan Amerika Syarikat. Sissi juga seorang pegawai tentera yang rapat dengan perisikan tentera Pentagon.
Penasihat Anti Pengganas kepada Presiden Obama, telah menemui Sissi semasa lawatannya ke Mesir pada Oktober 2012. Wall Street Journal menyatakan itu alasan mengapa Hussein Tantawi yang hampir memcecah 80 tahun bersetuju Sissi sebagai penggantinya.

  1. Pembangkang sekularisme membalas dendam terhadap kelompok Islam
Menurut PMRAM polisi balas dendam telah dibuat oleh Tentera  melalui arahan Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi. Antaranya adalah seperti:
  • Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
  • Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).
  • Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)
  • Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah
  • Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong  Mursi sehingga ramai yang terkorban.
  • Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Morsi.
  • Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
  • Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong  Morsi).
  1. Menyingkap topeng muka Saudi
Sebelum ini Saudi telah memberi amaran kepada Barack Obama agar tidak membantu untuk Presiden Hosni Mubarak jika White House memotong bantuan ke Kaherah.
Dalam Berita The Australian 11 Februari 2011,  Dalam panggilan telefon pada 29 Januari, Raja Abdullah memberitahu Presiden Amerika Syarikat untuk tidak memalukan  Mubarak[14].
King Abdullah mengancam untuk campur tangan dengan pembiayaan untuk Mesir jika Amerika Syarikat menarik diri ($ 1.47bn) program bantuan tahunannya sebanyak $ US1.5 bilion. Jelas Mubarah menjadikan Mesir hamba Amerika Syarikat.
Mubarak dan Raja Abdullah bukan sahaja dianggapsekutu, malah mereka adalah kawan rapat.
Iran tidak akan memberi komentar positif terhadap isu Mesir. Syiria pasti senada dengan Iran. Yang tinggal hanyalah Turki.
Kenyataan Erdogan, Perdana Menteri Turki, yang mengecam tragedi Mesir  sebagai musuh demokrasi, dan mengecam Barat kerana tidak menyebut penggulingan tentera itu sebagai rampasan kuasa (kudeta)[15].
Beliau yang  terkejut dengan sikap Barat menyelar Parlimen Eropah yang dianggap korbankan nilai-nilainya sendiri dengan tidak menyebut tindakan ketenteraan di Mesir sebagai rampasan kuasa. Ini adalah ujian dan Barat dikatakan telah gagal dalam ujian tersebut.
Hingga kini samada Kesatuan Eropah yang berpusat di Brussels dan Washington tidak menyebut penggulingan Morsi sebagai rampasan kuasa. Arab Saudi dan Qatar, Emirates, Jordan sebaliknya  mengucapkan selamat kepada Presiden Mesir sementara yang baru dilantik Adly Mansour [16].
  1. Tentera terus menjadi anjing Yahudi
Tahun lepas 2012, Presiden Morsi telah memecat Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Pertahanan, Mohamed Hussein Tantawi sekaligus membatalkan pindaan perlembagaan yang diusulkankan oleh pihak tentera untuk membataskan kuasa Presiden.
Morsi juga telah melantik Mahmoud Mekki, seorang hakim tinggi, sebagai wakil Penasihat Presiden. Tantawi telah digantikan oleh Abdel-Fattah el-Sissi sebagai Menteri Pertahanan dan Ketua Angkatan Tentera.
Perancangan Yahudi cukup licik. Siri demostrasi ketidakpuashatian beberapa pihak yang dicetuskan dengan alasan yang tidak munasabah cuba dihalang oleh Tentera walaupun sebenarnya ejen Yahudi telah menguasai ketenteraan Mesir.
Ketua Tentera Mesir yang dilantik Morsi menggantikan Tantawi, Abdel Fattah al-Sisi memberi amaran bahawa negara Mesir akan musnah akibat  keganasan jalanan yang berlaku di negara ini[17].
Menurutnya, salah satu tujuan penempatan askar-askar di bandar-bandar Terusan Suez adalah untuk melindungi kepentingan ekonomi Mesir.
Keganasan berlaku  di  Dataran Tahrir dan Mohamed Morsi telah mengumumkan perintah darurat di tiga buah bandar di Terusan Suez selepas tunjuk perasaan ganas itu berlaku.
Kenyataan Abdel Fattah ketika itu menggambarkan tentera mahu mengambil semula kuasa selepas memerintah buat sementara setelah Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari 2011[18].
Hingga jam 2.00 pagi 7 Julai 2013, penyokong Morsi sekitar 4 juta orang  pyokong Morsi masih bertahan dan berkumpul  di Rabiatul Adawiah, timur Kaherah. Antara yang memberi ucapan adalah Sheikh Muhammad Badi’, Mursyid al-Am Ikhwan Muslimin yang memberi amanat bahawa mereka  hanya menerima Morsi sebagai Presiden Mesir yang sah, malah tidak berganjak dari prinsip tersebut. Ikhwan juga  menolak rampasan tentera dan semua urusan dan perkara yang berlaku selepasnya dianggap batal dan tidak diikitiraf. Ikhwan juga  agar menyeru tentera supaya berkhidmat untuk negara dan rakyat. Perlu diingatkan bahawa kehadiran penyokong Morsi bukan sekadar anggota Ikhwanul Muslimin tetapi juga kaum bukan islam dan penyokong parti FJP[19].
Sebuah video yang disiarkan di YouTube dan diedarkan oleh sejumlah media Barat dan laman Arab Islammemo, menunjukkan serangan oleh tentera junta kepada jama'ah solat di bandar El Arish, Sinai utara.Tindakan mereka hari ini sama sahaja seperti kebiadaban tentera rejim Asad di Syria. Jika Arab Saudi tidak menyokong Basyar di Syiria mungkin atas sentimen Wahabi-Syiah, di Mesir mereka menyokong pula anjing yahudi yang mengganas[20].
Seperti di zaman pemerintahan Mubarak. Media dicabul untuk kepentingan aparat pemerintah. Kini pihak tentera mematikan tiga stesen TV yang dikendalikan oleh gerakan Islam, termasuk salah satunya milik Ikhwanul Muslimin, pada 4 Julai lalu iaitu sejurus Mursi diguling oleh tentera. Seperti biasa media Barat hanya menyatakan bantahan lemah walaupun mereka sibuk memperjuang kebebasan media.
Aparat Mesir juga menyerbu pejabat-pejabat Al Jazeera Mesir dan menahan kakitangannya. Al Jazeera yang berjasa menyiarkan berita sahih Himpunan Bersih di malaysia juga membuat perkara serupa di Mesir iaitu menjalankan operasi kewartawanan yang penuh etika. Namun mereka kini dilarang menyiarkan demonstrasi pro-Mursi di Kaherah Utara malah kru yang bertugas  di sana juga ditahan[21].
Berita penahanan bekas Al-Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Muhammad Mehdi Akif[22] oleh tentera Mesir cukup tidak berperi kemanusiaan. Beliau yang sudah berusia lebih 80 bukan sahaja tidak boleh dikaitkan dengan ‘kegagalan’ Morsi malah tidak wajar ditahan[23].
Apa kata ulama’?
Imam Al Azhar antara ulama’ yang menyokong kejatuhan Morsi.
Sumber berita sebelum ini ada menghebahkan hasrat Morsi untuk mernggugurkan  Sheikh Al-Azhar Ahmed Al-Tayyeb kerana beliau dilantik oleh bekas diktator Hosni Mubarak dan merupakan ahli parti memerintah.
Mereka mengatakan sikap penentangan Al-Tayyeb telah terbukti terhadap Ikhwan Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan. Ketegangan meningkat antara presiden baru dan Al-Azhar sejak Al-Tayyeb memecat  beberapa ahli-ahli Majlis Tertinggi Ulama yang mempunyai hubungan dengan Ikhwan Muslimin, tanpa berunding dengan Morsi.
Perubahan ini sebenarnya  mewujudkan satu gelombang baru ketegangan antara Morsi dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera[24].
Ahmed Muhammad Ahmed el-Tayeb ( أحمد محمد أحمد الطيب) adalah Imam Al-Azhar dan Presiden Universiti Al-Azhar. Beliau telah dilantik oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, berikutan kematian Muhammad Sayyid Tantawy pada tahun 2010. memegang Ph D dalam falsafah Islam dari Universiti Paris-Sorbonne, dan telah menjadi Presiden Universiti Al-Azhar sejak tahun 2003. Antara tahun 2002 dan 2003, el-Tayeb berkhidmat sebagai Mufti Mesir. El-Tayeb adalah seorang sufi[25].
Sebelum pelantikan beliau sebagai Imam Al-Azhar dan Presiden al-Azhar, Al-Tayeb adalah seorang ahli Jawatankuasa Dasar Parti Demokratik Kebangsaan  yang diketuai Mubarak. Al-tayeb berkeras dan menyatakan  tiada  konflik antara peranan beliau dalam  Al-Azhar dan keahlian dalam parti sekular tersebut[26].
Al-Tayeb pernah berkata bahawa Universiti Al-Azhar tidak pernah menjadi medan terbuka yang bebas untuk Ikhwan. Ungkapan ini adalah ugutan beliau kepada pendokong Ikhwan di Al Azhar.
Pada 3 Julai 2013, el-Tayeb telah menyokong penyingkiran Mohammed Morsi, pemimpin Ikhwan Muslimin, daripada jawatan Presiden Mesir.
Walaupun Sheikh Azhar menjadi petualang Yahudi di Mesir tetapi ianya tidak kepada Ulama’yang lain.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Fatwa Al-Azhar Sheikh Hashim Islam mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Mesir perlu menolak rampasan kuasa oleh pihak tentera. Beliau yang juga merupakan pengasas Persatuan Ulama Al-Azhar berkata, kepimpinan berasakan rampasan kuasa ditolak menurut syarak. Dr. Muhammad Morsi merupakan presiden yang sah kerana dipilih melalui pilihanraya serta tidak wajar bagi rakyat mesir berpaling dari beliau. Akan tetapi kepimpinan Tentera yang menolak rampasan kuasa ini diterima pula oleh kerajaan Saudi yang kononya mempertahankan salaf dan fatwa salafi di maan ulama’ aliran salaf ini tegar mempertahakan kepimpinan negara tanpa boleh ditumbangkan oleh apa metod sekalipun.
Menurut Sheikh Hashim lagi, rakyat Mesir wajib mengekalkan identiti Arab-Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di negara itu dan pada sama memberi jaminan hak kewarganegaraan yang sama rata bagi non-muslim serta menjaga perpaduan negara Mesir dan rakyatnya[27].
Menurutnya, konflik yang berlaku di Mesir bukanlah sekadar pertembungan ideologi, tetapi realiti yang berlaku kini ialah pertembungan akidah antara tamadun Islam-Arab Mesir dengan para pendukung sekular dan anti-Islam.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat juga berpandangan topeng sebenar Barat yang mengabui mata ramai warga dunia kini terserlah. Menurut beliau Amerika cukup jahat kerana mereka yang melaungkan demokrasi tetapi  menodainya pula. Morsi ditabalkan sebagai presiden melalui pilihanraya yang sah bukan melalui revolusi jalanan, sewajibnya beliau diberikan peluang untuk mentadbir sehingga tamat penggal. Namun, musuh-musuhnya tidak senang duduk dan tidak mungkin dapat membiarkan pentadbiran Morsi berjalan lancar. Justeru tidak pelik jika Amerika yang kononnya selama ini menjadi juara demokrasi tiba-tiba menyokong rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera Mesir.

Tidak ketinggalan Prof Dr Yusuf Al Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa tentang perlunya menyokong Presiden Mesir Mohammed Mursi yang dilantik secara sah melalui pilihanraya, dan mempertahankan perlembagaan. Beliau juga  menyeru angkatan bersenjata  yang diketuai oleh Abdel Fatah al-Sisi dan rakan-rakannya untuk berundur[28].

Penyusupan ejen yahudi dalam setiap segmen parti di Mesir tidak dapat dinafikan lagi. dasar luar dan dalam negara Mesir semuanya ada hubungkait dengan penetapan yang dibuat oleh Tel Aviv. Kepayahan Morsi mentadbir Mesir bukan suatu perkara murahan yang boleh diperlekeh. Bukan mudah sebuah kerajaan adil yang dibenci oleh makluk perosak no 1 sebagaimana yang dilabel oleh Al Quran sendiri iaitu Yahudi. Ia suatu jihad yang mulia.

Muhammad Nuruddin Bashah
7 Julai 2013
11 malam



[2] Kenyataan Persatuan Ulama’ Sedunia Terhadap Intifadhah Mesir,  30 Januari 2011, dimuat dalam buku Yusuf Al Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat terbitan ABIM 2012.
[3] Yusuf Al Qaradhawi, Aku Dan al Ikhwanul Muslimun, Mutiara Ilmu Selekta Sdn Bhd,2011
[4] Riduan Mohd Nor, Pengaruh Pemikiran Ikhwanul Muslimin terhadap Parti islam SeMalaysia, Penerbitan Hemah, 2005.
[5] Fauzi Zakaria, Pengaruh Pemikiran As Syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia, Jundi Resources, 2007.
[11] Fauzi Zakaria, Pengaruh Pemikiran As Syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia, Jundi Resources, 2007 (halaman 31)
[12] Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) ( حزب الحرية والعدالة,) adalah Islam yang paling popular di Mesir. Presiden parti, Mohamed Morsi, memenangi pilihan raya presiden 2012, pada tahun 2011 pilihan raya umum  ia memenangi lebih banyak kerusi daripada pihak lain. Dalam pilihan raya Parlimen Mesir  menyaksikan  FJP memenangi 47.2 % daripada semua kerusi  ini parlimen, dengan rakan-rakan parti Islam al Nour (salafi) dan al Wasat memenangi 24.7 % dan  2 %, masing-masing. Menjelang hujung 2012, FJP  tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran Perikatan Demokratik.  Dan pada awal tahun 2013, Mesir dikatakan telah menjadi dua  kem iaitu kem Presiden Morsi kem Parti  Islam (selain Ikhwan), dan pembangkang iaitu golongan  Islam moderat, Kristian dan liberalis. Antara komponen  National Coalition for Supporting Legitimacy adalah Building and Development Party, Freedom and Justice Party, New Labour Party, Virtue Party, Egyptian Reform Party, Arab Unification Party, Homeland Party, Al-Wasat Party, Islamic Party, Authenticity Party, People Party.
[16] Adly Mahmoud Mansour ( عدلي محمود منصور) lahir 23 Disember 1945  adalah seorang Hakim Mesir yang kini merupakan ketua Mahkamah Perlembagaan Agung  dan Presiden Mesir (sementara/acting). Beliau telah diisytiharkan presiden berikutan coup d'etat di Mesir , dicetuskan oleh protes besar-besaran. Pimpinan tentera dan pimpinan aliran  sekular dan agama (termasuk Imam Besar al-Azhar Dr Ahmed el-Tayeb, Pope Koptik Tawadros II, dan Mohamed El-Baradei) mengumumkan bahawa Presiden Mohamed Morsi telah dipecat daripada jawatan dan Mansour dilantik sebagai Presiden sementara sehingga pilihan raya boleh berlaku.   Mansour mengangkat sumpah ke pejabat di hadapan Mahkamah Perlembagaan Agung pada 4 Julai 2013.- http://en.wikipedia.org/wiki/Adly_Mansour
[17] Abdel Fattah As Sisi merupakan jeneral tentera yang mendapat latihan di Amerika Syarikat.  Nama Arab عبد الفتاح سعيد حسين خليل السيسي, lebih dikenali sebagai Jeneral  Sisi, lahir 19 November 1954 adalah seorang Kolonel Am Mesir dan Komander Tertinggi  semasa  coup d'etat Mesir 2013 terhadap Presiden Mohamed Morsi pada 3 Julai 2013. Beliau telah menjadi Komander Panglima Angkatan Tentera Mesir sejak 12 Ogos 2012. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Menteri Pertahanan dan Pengeluaran Tentera.- http://en.wikipedia.org/wiki/Abdel_Fattah_al-Sisi
[22] Muhammad Mehdi Akef pernah hadir ke Kelantan dan beliau disambut oleh Allayarham Murabbi PAS Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Menteri Besar sendiri walaupun keadaan Murabbi  PAS waktu itu telah uzur.  Mohammed Mahdi Akef (محمد مهدى عاكف) lahir 12 Julai, 1928 merupakanMursyid Al Am Ikhwan Muslimin,  selepas kematian Sheikh Ma'mun al-Hudaibi.  Akef telah ditahan pada 4 Julai 2013. Tahun kelahirannya adalah tahun Ikhwan Pergerakan Islam telah ditubuhkan. Beliau mula menjadi terlibat dengan Ikhwan Muslimin pada tahun 1940, yang kemudiannya diketuai oleh Hassan al Banna. Beliau telah ditangkap pada 1 Ogos 1954 atas tuduhan penyeludupan Mejar Jeneral Abdul Munem Abdul Rauf (salah satu daripada ketua-ketua Tentera yang menerajui penyingkiran dan pembuangan Raja Farouq), dan dipenjara. Akef telah dikeluarkan pada tahun 1974 dan telah dilantik semula sebagai Pengurus Besar Belia - sebuah jabatan yang bergabung dengan Kementerian Semula. Beliau kemudian berpindah ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai penasihat Perhimpunan Dunia Belia Islam. Beliau mengambil bahagian dalam menganjurkan kem-kem terbesar bagi belia Islam di arena dunia, di Arab Saudi, Jordan, Malaysia, Bangladesh, Turki, Australia, Mali, Kenya, Cyprus, Jerman, Britain dan Amerika. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Islam di Munich. Beliau telah menjadi ahli Biro Pemandu (Bimbingan Biro) Ikhwan Muslimin, sejak 1987 sehingga kini. Beliau telah dipilih Ahli Parlimen pada tahun 1987 bagi Timur Kaherah kawasan pilihan raya. Pada tahun 1996, beliau, didakwa kerana menjadi ketua Ikhwan Muslimin , dan dijatuhi hukuman tiga tahun. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1999.
[25] Dalam satu aspek golongan salafi kelihatan taat dan setia dengan kerajaan atas beberapa pegangan hadis yang melarang sebarang pemberontakan bersenjata dan perlunya taat kepada pemerintah. Namun dalam persekitaran tertentu kelompok sufi juga mendokong pemerintah sekular walaupun mengaku mengikuti tarikat atau jalan kerohanian. Sebagai misalan Allayarham Dr Uthman El Muhammady, Dr Zakaria Stapa (UKM) dan Imam Al Azhar Ahmad At Tayeb serta kelompok sufi di Mesir.-pandangan peribadi penulis








3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. http://arruhuljadid86.blogspot.my/2008/10/bahaya-bakal-pm-malaysia-anggota.html

    ReplyDelete
  3. https://www.smashwords.com/books/view/602929

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...