Pembaca Setia

Monday, November 19, 2012

HIJRAH- SOROTAN SUATU PERISTIWA UZMA


HIJRAH- SOROTAN SUATU PERISTIWA UZMA
Muhammad Nuruddin bin Bashah
2012

570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
619/620M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
621M- Baiat Aqabah 1
622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
624M- Perang Badar


Hijrah (bahasa) = perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam kehidupan Nabi dan juga perkembangan agama Islam itu sendiri.

Hijrah (istilah)=  perkataan hijrah berasal dari akarnya, daripada kata bahasa Arab ha-ja-ra bermaksud; berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain; atau ; berpindah dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.

Al Muddathir ayat 5

Dan Segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

  • Al-Hijrah adalah lawan kata al-washal ( sampai atau tersambung )
  • Di dalam Kamus al-Bisri,  istilah hijrah =  meninggalkan.
  • Mahmud Yunus di dalam Kamus Arab Indonesia menyatakan bahwa kata hijrah ( هجرة ) =  memutuskan perhubungan dengan dia.
  • Kamus Marbawi : Ha-ja-ra = menegah/menahan, Hajarun = batu, Hujrah = bilik tidur(pisah),
  • Istilah Muamalat ; Al Hijr = tindakan menahan daripada mengurus harta sendiri.
Perbahasan Geografi
Hijrah adalah perjalanan dari satu bandar ke bandar lain yang jaraknya sejauh 320 km dan mengambil masa 8 hari.
Jangka masa
Hari
Tanggal
Catatan
Hari 1
Khamis
27 Safar SH 1
(9 September 622)
Meninggalkan rumah di Mekkah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di dekat Mekkah.
Hari 5
Isnin
1 Rabiul awal SH 1
(13 September 622)
Meninggalkan Mekkah. Perjalanan ke Madinah.
Hari 12
Isnin
8 Rabiul awal SH 1
(20 September 622)
Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.
Hari 16
Jumaat
12 Rabiul awal SH 1
(24 September 622)
Tiba di Madinah untuk salat Jumat.
Hari 26
Isnin
22 Rabiul awal SH 1
(4 October 622)
Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.

Muharam atau Rabiul Awwal?
  • Ramai yang keliru dan menganggap bahawa hijrah Rasul berlaku pada 1hb Muharram.
  • Sebenarnya hijrah Rasul bukanlah berlaku pada bulan Muharram, bahkan ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal.
  • Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w.
    • meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M.
    • bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.
    • dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan.
    • Baginda sampai di Quba’ pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba’ selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis.
    • Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah. (Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166).
  • Saidina Usman mencadangkan supaya dimulakan dengan bulan Muharram.
  • Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji.
  • Dan antara sahabat yang juga mencadangkan bulan Muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali. Akhirnya, mereka telah memilih bulan Muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya Rabiul awwal.
Rasulullah dibenarkan Hijrah
Hadis Riwayat:  (Bukhari)
Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi Nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya. Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar:Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ˜Aisyah dan ˜Asma'. Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?Berkata Abu Bakar,:Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda,:Ya, kawan. Berkata Abu Bakar,:Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda. Sabda Nabi,Kuambil seekor dengan harganya.
Jalan Hijrah


Jalan yang di lalui oleh Rasulullah S.A.W. dan Abu Bakar semasa hijrah ke Madinah

Jalan kebiasaan dari Mekah ke Madinah

  • Orang-orang Quraisy tentunya akan berkeliaran di sepanjang jalan menuju Madinah, khasnya di bahagian utara Makkah.
  • Tetapi Rasulullah tidak memilih jalan ini, sebaliknya Baginda mengambil jalan selatan; suatu jalan yang tidak biasa ditempuh orang, kemudiannya baru menuju Tihamah di dekat pantai Laut Merah.
  • Betapa pentingnya peristiwa Hijrah yang melalui jalan selatan dan Tihamah ini dapat kita saksikan riwayatnya dalam kitab Taurat sendiri.
    •  “The burden upon Arabia. In the forest in Arabia ye lodge, 0 ye travelling of Dedanim. The inhabitants of the land of Tema brought water to him that was thirsty, they prevented with their bread him that fled. For they fled from the swords … and from the bent bow, and from the grievousness of war. For thus hath the Lord said unto me, within a year according to the years of an hireling, and all the glory of Kedar shall fail. And the residue of the number of archers, the mighty men of the children of Kedar shall be diminished” (Isaiah 21:13-17).
  • Ayat ini dengan jelas memaparkan riwayat penghijrahan Muhammad tersebut. Tidak pernah berlaku, malah tidak pernah terdapat orang yang bermalam di Tema (Tihamah) tersebut, kecuali dalam peristiwa Hijrah Rasulullah.
  • Perkataan ‘Dedanim’ di sini bermaksud keturunan dari kaum ‘Ad, salah satu kaum yang menyekutukan Tuhan.
  • Mengenai ‘Kedar’ pula, Taurat sekali lagi menjelaskan bahawa Kedar ialah salah seorang daripada 12 orang putera Nabi Ismail (Genesis 25:13). Bani Kedar ini ada yang mendiami daerah pergunungan Paran.
  • Dan dari keturunan Kedar inilah timbul suku Quraisy, yang daripadanya lahir Muhammad.
Sorotan sebab musabab Hijrah
  • Pada tahun 620 Masihi, beberapa orang Madinah telah datang bertemu dengan Rasulullah S.A.W secara sulit. ( Tahun kematian Khadijah)
  • Pertemuan itu telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama. Perjanjian ini dibuat pada tahun 621 Masihi bersamaan tahun ke sebelas kerasulan Nabi. Antara isi kandungan perjanjian ini ialah tidak mensyirikkan Allah S.W.T, tidak membunuh anak, tidak membuat fitnah atau khianat, tidak mencuri, tidak berzina, serta tidak menderhaka kepada Rasulullah S.A.W.
  • Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 622 Masihi bersamaan tahun ke tiga belas kerasulan, termeterai Perjanjian Aqabah Kedua yang dibuat antara Rasulullah S.A.W dengan 37 orang lelaki dan 2 orang perempuan Madinah.
  • Antara isi kandungan perjanjian tersebut, mereka haruslah menerima Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin dan berjanji mempertahankan Rasulullah. Kemudian, mereka juga berjanji untuk berjuang mempertahankan Islam dan membantu Rasulullah S.A.W serta orang Islam yang lain.
Tomahan Barat
  • Orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai suatu pelarian.
  • Pendapat orientalis Barat ini boleh disangkal kerana konsep hijrah dalam Islam berbeza daripada konsep hijrah Barat dengan menggunakan empat hujah.
    • Yang pertama, penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua.
    • Yang kedua, ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah.
    • Yang ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah.
    • Akhirnya, Nabi Muhammad S.A.W pula telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madianah termasuk orang bukan Islam.
Memecah tembok perkauman
Hijrah juga telah dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama. Perpaduan ini telah melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Kalendar Hijrah
  • Tarikh sebenar Hijrah Nabi bukan hari pertama Kalendar Hijrah (Muharam). Bulan Hijrah sebenar adalah Safar dan sampai ke Madinah Rabiulawal.
  • Khalifah ‘Umar bin al-Khattab merupakan titik tolak perubahan takwim hijrah dimana khalifah ‘Umar telah mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.
  • Pendapat ‘Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam dan mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.
  • Awal Muharam tahun berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w. 622 M, diambil sebagai permulaan tarikh Islam sekalipun hijrah tidak bermula dan berakhir pada hari itu, kerana sebenarnya hijrah bermula pada akhir bulan Safar dan Baginda sampai ke pinggir Madinah pada hari Isnin, kemudian masuk ke Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal.
  • 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Ka’b ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah S.A.W
  • Awal Muharam 1 Hijrah bermula pada hari Jumaat 16 Julai 622 M (Tarikh  hijrah   16 Julai tahun 622 M iaitu 1 Muharam pada tahun Nabi berhijrah dipilih sebagai tarikh pertama dalam Kelender Islam.)
  • Antara alasannya ialah ia adalah bulan haram (bulan yang dihormati oleh masyarakat arab, kerana diharamkan berperang padanya), dan ia juga adalah masa kembalinya para jemaah daripada menunaikan ibadah haji.
  • Sahabat yang juga mencadangkan bulan muharram ialah Saidina Umar dan Saidina Ali. Akhirnya, mereka telah memilih bulan muharram sebagai permulaan tahun hijrah, dan bukannya rabiul awwal.
  • Sebab yang paling tepat kerana permulaan keazaman untuk berhijrah adalah pada bulan Muharram. Ini kerana perjanjian Aqabah berlaku pada bulan zulhijjah.
  • Tahun Hijriah dikira mengikut peredaran bulan, manakala tahun Masihi mengikut peredaran matahari. Tahun Masihi bermula dari kelahiran Nabi Isa AS.
  • Hijrah Pertama : Habsyah (Ethiopia) muncul sebagai negara pertama hijrah umat Islam Mekah sebelum berpindah ke Madinah 615 M. Diantara yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Uthman RA dan isterinya Roqiah, anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita.
  • Hijrah kedua : juga ke Habsyah pada 617 Masihi.
  • Hijrah ketiga : adalah ke Madinah. Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...