Bila Bermulanya Aktiviti Perbankan?
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Apabila
disebut istilah bank, terbayang di fikiran kita kad ATM yang memudahkan urusan kita
mengambil wang gaji. Terbayang juga bagaimana bank amat berguna untuk pinjaman
segera, bayaran sewa beli kenderaan serta simpanan tetap yang menguntungkan.
Namun begitu, jarang benar kita kenali dari mana asalnya aktiviti perbankan dan
siapakah yang memulakan aktiviti ini?
Sejarah perbankan bermula
dengan prototaip bank pertama dalam dunia perdagangan purba, di mana bisnes
terawal yang dijalankan adalah pinjaman bijirin kepada petani dan peniaga yang
berlaku antara bandar-bandar. Aktiviti ini dikatakan bermula sekitar 2000 SM dalam
kerajaan Assyria dan Babylon di Iraq.
Kemudian, di Greek purba dan dalam
Empayar Rom, para penjaga kuil terlibat dengan aktiviti peminjaman dan
penukaran wang. Bukti arkeologi di China purba dan India juga menunjukkan bukti
wujudnya aktiviti pinjaman wang di sana.
Istilah bank telah
dikenalpasti dipopularkan daripada istilah Itali iaitu benco. Dalam
bahasa Itali benco merujuk istilah ‘bench’. Menurut buku ‘Practical
Banking’ karangan Albert S. Bolles (1884), di Itali, Yahudi Lombard telah
menggunakan kerusi panjang ‘bench’ di pasar-pasar awam untuk menjalankan
aktiviti penukaran wang dan pembayaran bil tertentu. Apabila seorang banker
gagal di Itali, kerusi panjangnya akan dipatahkan oleh orang awam dan digelar
sebagai bangkrap.
Sistem perbankan moden boleh
dikesan pada zaman pertengahan dan awal Renaissance di Itali. Bandar-bandar yang kaya di utara seperti
Florence, Venice dan Genoa menjadi tumpuan aktiviti perbankan Eropah awal.
Bardi dan keluarga Peruzzi menguasai perbankan Florence di abad ke-14, serta mewujudkan
cawangan di banyak bahagian lain Eropah. Dikatakan bank Itali yang paling
terkenal adalah Bank Medici, yang ditubuhkan oleh Giovanni Medici pada 1397.
Sepanjang tempoh Jerman telah
menguasai sebahagian besar Itali, perkataan
Jerman, ‘Banck’ digunapakai yang
bersamaan istilah Itali iaitu Monte.
Selepas itulah Itali mengubah Banck
ke Banco, manakala istilah hutang telah dipanggil
Monti atau Banchi.

Bukti penubuhan bank Itali yang pertama.
Oleh itu, seorang penulis Inggeris, Benbrigge, yang
menulis pada tahun 1646, merujuk istilah "tiga bankes" di Venice ialah tiga pinjaman awam atau Monte. Banco
dalam bahasa Itali juga bermakna dana yang dibentuk
oleh sumbangan pemodal dan Bank of Venice adalah
sistem pembiayaan pertama atau sistem hutang
awam.
"Jurubank," kata Gilbart, adalah seorang peniaga di modal atau lebih tepat, peniaga di wang. Beliau adalah
pihak perantaraan antara peminjam
dan pemberi pinjaman.
Perbezaan antara kadar yang diterima oleh jurubank untuk penggunaan wang
yang dipinjamkan olehnya
adalah keuntungan beliau.
Sejarah perbankan sebenarnya bergantung kepada sejarah
wang. Wang yang terawal adalah bijirin
dan makanan yang digunakan seawal sekurang-kurangnya 9000 SM dan digunakan sebagai
alat sistem barter.
Orang
Islam juga pernah menjadi pencipta sistem perbankan malah mendapat anugerah
Nobel! Bank Grameen merupakan sebuah pertubuhan mikrokewangan dan bank
perkembangan komuniti bermula di Bangladesh yang membuat pinjaman kecil digelar
mikrokredit atau "kredit grameen kepada orang miskin tanpa memerlukan
jaminan. Nama Grameen berasal dari perkataan gram yang bermaksud
"kampung" atau "luar bandar" dalam Bahasa Bengali.
Asal-usul Bank Grameen dapat ditelusuri kembali hingga
tahun 1976 ketika Profesor Muhammad Yunus, seorang ahli ekonomi Bangladesh,
melancarkan kajian projek untuk meneliti kemungkinan menyediakan perkhidmatan
perbankan yang disasarkan untuk golongan miskin luar bandar. Pada bulan Oktober
1983, Projek Bank Grameen berubah menjadi sebuah bank bebas oleh undang-undang
kerajaan. Organisasi dan pendirinya, Muhammad Yunus, sama-sama dianugerahkan Hadiah
Keamanan Nobel pada tahun 2006.
Adakah hanya dunia Barat yang
mengetahui asas perbankan? Bagaimana dengan tamadun Islam?
Menurut Ustaz Zaharuddin Abdul
Rahman, aktiviti perbankan juga dipopularkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.
Contohnya perkhidmatan Simpanan
(wadi'ah) oleh Az-Zubair Al-'Awwam.
Ibn Sa'ad mengatakan bahawa
ramai yang menemui Zubair dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga
Zubair menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan
beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.
Lantas, Zubair meminta
penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah.
Hasil dari tindakan Zubair
ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yag dipegangnya
mencecah 2,200,000 dirham, satu jumlah yang amat besar di zaman tersebut. Terdapat
penulis yang menamakannya sebagai Bank Zubair dan boleh dikatakan sebagai bank Islam yang pertama.
Melalui tindakan Zubair ini,
beliau telah menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa
boleh digunakan kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan
pada masa yang sama menjamin keselamatan wang tersebut. Natijah keuntungan yang
diperolehi oleh Zubair banyak digunakan untuk membeli aset. Menurut Az-Zahabi,
semasa Zubair meninggal dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau
dirham, kecuali beberapa keping tanah di Ghabat, sebuah rumah di Madinah,
Basrah, Kufah dan Mesir. Selain itu jugam beliau meninggalkan hutang yang agak
besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah
kepada pinjaman.
Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas
dan Abdullah Ibn Zubair pula diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a bahawa beliau mengambil wang perak di Mekah
bagi membawanya ke Kufah, dan Abdullah Ibn Zubair pula menulis dan mengambil
wang perak dari daripada Kufah untuk dibawa ke Mekah dan seterusnya ke Iraq.
Tindakan mereka ini merupakan salah satu dari khidmat-khidmat yang ditawarkan
oleh perbankan moden seperti credit transfer.
Secara umumnya, terbukti
bahawa khidmat-khidmat perbankan selagi mana menepati hukum Syariah adalah
dibenarkan. Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi
manfaat yang banyak buat masyarakat.
Antara kemudahan yang dapat
dihasilkan melalui sesebuah khidmat perbankan adalah seperti berikut :-
a) Menguruskan keperluan
kewangan dua kelompok dalam masyarakat, iaitu :
* satu kelompok yang mempunyai
lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat dari lebihan
wang yang dipunyainya. Mereka terdiri dari semua orang yang mampu membuat
simpanan. Mereka digelar surplus unit.
* Satu kelompok adalah mereka
yang memerlukan tunai dan wang samada untuk keperluan pernigaaan mereka atau
asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar deficit unit.
Hasil dari wujud dua kelompok
ini dalam masyarakat, kewujudan bank Islam sebagai orang tengah yang dipercayai
(kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara)
boleh membantu kedua-dua kelompok bertemu dan memanfaatkan antara satu sama
lain.
b) Mampu menyediakan penjagaan
wang tunai yang lebih selamat berbanding penjagaan oleh individu di rumah
masing-masing.
c) Menyediakan khidmat
pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu
mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya. Justeru,
kewujudan bank yang dipenuhi dengan para pekerja profesional yang berpengalaman
dalam bidang ini mampu memberikan manfaat kepada orang ramai.
Ini hanyalah antara beberapa
perkara yang menunjukkan kewujudaan bank dalam sistem kewangan Islam adalah
diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat dikawal selia
dalam lingkungan hukum Islam.
Amalan asal yang ditinggalkan
oleh Rasulullah adalah amalan muamalah umum yang berteraskan perniagaan dan
penjagaan harta. Namun begitu, sistem perbankan sekarang adalah sistem yang
diasaskan berdasarkan rangka besar perniagaan kapitalisme. Akan tetapi
perkembangan hukum mualamah adalah berasaskan senario semasa dan ia boleh
diadaptasi di dalam perkembangan fiqh muamalah berdasarkan kaedah hukum
asal setiap perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan haram.
Berasaskan prinsip ini jugalah
sistem muamalah Islam sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman sehingga pelbagai bentuk inovasi
(ibtikar) baru diperkenalkan dalam amalan ekonomi dan kewangan berdasarkan
keanjalan hukum yang berkaitan muamalah ini sebagaimana disebut juga dalam kaedah
fiqhiyyah yang lain-Tidak dapat dimungkari bahawa perubahan hukum
disebabkan perubahan masa .
Menurut tulisan Prof. Madya
Asyraf Wajdi Dusuki yang bertajuk Sistem Perbankan Islam di Malaysia, walaupun
sistem muamalah Islam pada hakikatnya telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW,
namun model perbankan yang kita fahami hari ini merupakan fenomena asing
daripada urus niaga tradisional muamalah Islam. Berbanding entiti komersial
lain, bank merupakan institusi perantara (financial intermediary) yang
mengumpulkan dana-dana daripada orang awam atau dikenali sebagai deposit untuk
disalurkan kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan pembiayaan sama ada untuk
kegunaan peribadi (seperti membeli rumah, kenderaan dan apa sahaja keperluan
hidup lain) atau untuk kegunaan syarikat (seperti modal awal untuk memulakan perniagaan,
membeli bahan mentah, membayar gaji dan membeli aset-aset untuk mengembangkan
syarikat).
Bagaimana sejarah bank di
negara kita?
Bank Negara Malaysia
ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank Pusat Tanah Melayu, 1958.
Tujuan Bank Negara ditubuhkan adalah untuk :
•
mengeluarkan mata wang,
Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab menjaga nilai mata wang;
•
bertindak sebagai jurubank dan
penasihat kewangan kepada kerajaan;
•
menggalakkan operasi
pembayaran negara dan sistem penyelesaian yang boleh dipercayai, cekap dan
lancar dan untuk memastikan dasar pembayaran negara dan sistem penyelesaian
untuk kelebihan Malaysia;
•
mempromosi kestabilan kewangan
dan struktur kewangan;
•
Untuk mempengaruhi keadaan
kredit supaya menguntungkan negara;
Oleh itu, dengan objektif
berikut, bank dicipta untuk mengawal selamat ekonomi Malaysia. Matlamat lebih
luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, tahap yang
tinggi pekerjaan, memelihara kestabilan harga dan satu keseimbangan munasabah
dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara, membasmi kemiskinan dan penyusunan
semula masyarakat.
Menurut Zulkifli dari Fakulti
Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, sistem perbankan
Islam telah mendapat tempat di Malaysia sejak 1983 lagi apabila tertubuhnya
Bank Islam Malaysia Berhad, sebuah bank Islam pertama di Malaysia. Berdasarkan
hampir 24 tahun usia sistem perbankan Islam di Malaysia, kini terdapat 9 Bank
Islam tempatan (7 SPI telah diberikan le sen untuk beroperasi di bawah ABI 1983) dan 3 Bank Islam asing diberi lesen untuk beroperasi iaitu Kuwait
Finance House, Saudi Arabia’s Al Rajhi Banking and Investment Corporation dan
Konsortium Qatar Islamic Bank Al Rajhi di samping bank konvensional yang juga
menawarkan skim perbankan Islam. Dijangkakan bilangan ini akan bertambah dari
masa ke semasa berdasarkan polisi keterbukaan Bank Negara Malaysia yang
diamalkan ketika ini.
Jauh awal sebelum itu perkembangan
perbankan Islam di Malaysia pada hakikatnya bermula seawal tahun 1962 dengan penubuhan
Tabung Haji yang diberi mandat untuk menguruskan dana-dana masyarakat Islam yang
menyimpan dengan tujuan untuk membolehkan mereka menunaikan rukun Islam kelima iaitu
ibadah Haji. Pada tahun 1980, peserta-peserta Kongres Ekonomi Bumiputera telah meluluskan
usul meminta kerajaan membenarkan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) menubuhkan
sebuah bank Islam bagi tujuan mengumpul dan melaburkan wang milik umat Islam.
Hasil desakan orang ramai, kerajaan pada 30 Julai 1981, telah membentuk
Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bank Islam yang dipengerusikan oleh Tan Sri
Raja Mohar bin Raja Badiozaman dan Tabung Haji sebagai pihak urus setia.
Menurut Abdullah Alwi Hj
Hassan dlam bukunya Teori dan
Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia Institusi perbankan
pertama sekali di Malaysia ialah ‘The Chartered Merchant Bank of India, London
and China‘ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank
ini diwujudkan untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta
menawarkan beberapa kemudahan kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta
kemudahan lain pada masa itu.
Bank juga memiliki peranannya
dalam membentuk polisi politik dan landskap sosioekonomi-politik dunia. Dalam
tulisan akan datang penulis akan cuba mengupas bagaimana peranan bank di
peringkat antarabangsa.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
017 6291368
Apakah Anda pikir untuk mendapatkan bantuan finansial, Apakah Anda serius yang memerlukan pinjaman langsung, di sana Anda berpikir untuk memulai Anda sendiri komersial, Anda berada di utang, ini adalah kesempatan Anda untuk Mencapai keinginan Anda Karena Kami menyediakan pinjaman pribadi, pinjaman komersial dan korporasi pinjaman, dan segala macam faedah pinjaman pada tingkat sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan kami mengurus komersial transparan.
ReplyDeleteUntuk informasi lebih lanjut, silahkan hubungi kami sekarang melalui e-mail: Theresaloancompany@gmail.com
Isyarat peminjam:
Nama lengkap: _______________
Negara: __________________
Jenis Kelamin: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
Periode pinjaman: ____________
Tujuan pinjaman: _____________
Nomor telepon Bimbit: ________
Theresaloancompany@gmail.com
Ibu Theresa