Pembaca Setia

Rakan Pembaca

Friday, March 18, 2016

HIKMAH MENGAPA DIYAT WANITA KURANG BERBANDING DIYAT LELAKI


HIKMAH MENGAPA DIYAT WANITA KURANG BERBANDING DIYAT LELAKI
Muhammad Nuruddin Bashah
Diploma Pengajian Islam (Awam)
Kolej Pengajian Islam Tinggi Al Insaniah (Caw Ipoh)

Muqaddimah
Merupakan sunnatuuah bahAwa Auah Subhanahu wa Ta’ala menciptakan kaum lelaki dan kaum wanita dalam kondisi berbeza yang masing-masingnya menjadi pelengkap bagi yang lain. Dan Dia menciptakan kaum lelaki lebih kuat agar mereka memayungi para wanita. Dengan adanya perbezaan antara lelaki dan wanita dalam hal peran dan tugas keduanya, maka hal ini berdampak pula pada adanya perbezaan dalam hukum-hukum syar’iyyah, di antaranya:

Diyat ialah denda yang wajib dibayar oleh orang yang melakukan jenayah kerana kesalahan jenayahnya sebagai ganti qisas.

Sumber hukum bagi kewajipan membayar diyat ini ialah al-Quran dan al-Sunnah.
Dalam al-Quran Auah S.W.t. berfirman yang bermaksud:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَنْ يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلا خَطَأً وَمَنْ قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ إِلا أَنْ يَصَّدَّقُوا فَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ عَدُوٍّ لَكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ وَإِنْ كَانَ مِنْ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُسَلَّمَةٌ إِلَى أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُؤْمِنَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِنَ اللَّهِ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (٩٢)

"Dan tidak layak bagi seorang mukmin membunuh seorang mukmin (yang lain)
kecuali kerana tersilap (tidak sengaja), dan barang siapa membunuh seorang mukmin dengan secara tersilap, hendaklah ia memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar diyat yang diserahkan kepada keluarga (si terbunuh) itu, kecualilah mereka bersedekah. "
(al-Nisa '4:92)

Apabila keluarga orang yang dibunuh ( Pembunuhan sengaja) atau orang yang dihilangkan atau dicederakan anggota atau yang dicederakan memaafkan, maka diganti dengan diat. Hanya waris sahaja yang boleh memaafkan tetapi bukan pemerintah ).

Diyat Dalam Pembunuhan yang Tidak Disengaja

Kata aI-Imam al-Syati 'i, tidak ada percanggahan pendapat di kalangan para ulama' dulu dan sekarang mengenai diyat perempuan itu separlu dari diyat lelaki. Jika seorang wanita dibunuh dan keluarganya memilih diyat maka diyatnya ialah lima puluh ekor unta, sama ada pembunuhnya seorang lelaki atau seorang perempuan atau sekumpuian orang. Begitu juga diyat kerana mencederakan seorang perempuan sama seperti mencedera seorang lelaki.

Dalam masalah ini Ibn Qudamah telah menyebut Ibn al-Mundhir dan Ibn 'Abd aI-Barr berpendapat bahawa para ulama telah bersetuju secara ijmak bahawa diyat perempuan adalah separuh dari diyat lelaki. Ini berdasarkan kepada apa yang dijelaskan oleh Nabi s. 'a.w. dalam suratnya kepada 'Amr' Ibn Hazm, iaitu gabenor Yaman bahawa diyat perempuan separuh dari diyat lelaki. Menegaskan hukum ini, Abu al-Ma'ati berkata
bahawa ia telah dipersetujui oleh para sahabat seeara ijmak1.

AI-Qurtubi juga menyokong hukum ini sabit secara ijmak. Di samping hadis di atas jumhur fuqaha' juga memberi alasan lain, iaitu berasaskan kepada analogi atau qias atas masalah harta pusaka dan masalah kesaksian . Menurut mereka, kedudukan wanita dalam masalah-masalah tersebut dengan separuh lelaki. Maka begitu jugalah, kata mereka, kedudukan mereka dalam masalah diyat ini.

Hikmahnya
  1. Aspek penanggungan terhadap wanita
Antara hikmah agama Islam mewajibkan diyat (tebusan) atas terbunuhnya seorang lelaki adalah dua kali ganda. Kerana ketika yang terbunuh adalah seorang lelaki maka keluarganya akan rugi sebab dialah orang yang memberi nafkah mereka. Sehingga keluarganya mengambil diyat dengan dua kali lipat. Berbeza halnya dengan kerugian bagi keluarga yang ditinggal mati oleh wanita mereka, kerana dia tidak dibebani untuk memberi nafkah mereka sebaliknya wanita adalah penerima nafkah. Maka adanya perbezaan diyat adalah sesuai dengan perbezaan tugas antara lelaki dan wanita2.

  1. Aspek manfaat lelaki
Menurut Ibnul-Qayyim pula beliau mebezakan lelaki dan wanita dari aspek manfaat bagi lelaki dan wanita dalam sistem sosial. Kata beliau menjelaskan hal ini dengan menyatakan: “Kerana wanita lebih lemah dibandingkan lelaki dan lelaki lebih memiliki potensi darinya, lelaki boleh dan mampu menduduki sesuatu yang tidak dapat diduduki oleh wanita seperti institusi keagamaan, perwalian, berperang, membangun negeri, mengerjakan industri yang menjadi kesempurnaan maslahat dunia dan membela dunia dan agama3.

Menjawab hujah genderisme
Pelbagai pihak menghentam syariat Islam apabila ada perbezaan dalam isu diyat sebegini. Rasululah juga menjelaskan bahawa cirui-ciri yang menyebabkan wanita ditanggung lelaki adalah isu kurangnya agama dan kurangnya akal wanita.

مَا رَأَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِينٍ أَغلَبُ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ إِحْدَاكُنَّ. فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا نُقْصَانُ عَقْلِهَا؟ قاَلَ: أَلَيْسَتْ شَهَادَةُ الْمَرْأَتَيْنِ بِشَهَادَةِ رَجُلٍ؟ قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، مَا نُقصَانُ دِينِهَا؟ قَالَ: أَلَيْسَتْ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ
“Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agamanya paling bisa mengalahkan akal lelaki yang kokoh daripada salah seorang kalian (kaum wanita).” Maka ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apa maksudnya kurang akalnya wanita?” Beliau menjawab, “Bukankah persaksian dua orang wanita sama dengan persaksian seorang lelaki?” Ditanyakan lagi, “Ya Rasulullah, apa maksudnya wanita kurang agamanya?” “Bukankah bila si wanita haid ia tidak shalat dan tidak pula puasa?”, jawab beliau. (Muttafaqun ‘alaih, HR. Bukhari no. 1462 dan Muslim no. 79)


Disebabkan mereka ditanggung (secara lumrahnya, namun zaman moden lumrah ini kelihatan bercanggah) maka diyat mereka tidak sama. Namun ini bukan menunjukka Islam merendahkan wanita. Wang diyat perlu diguna oleh keluarga lelaki untuk menyelesaikan tanggungan arwah lelaki berkenaan. Inilah hikmahnya. Wanita diangkat tinggi oleh syariat dalam banyak isu dan syariat yang tidak mampu dijelas dalam makalah ini.

1 AI-Qurtubi, al-lami' Li Ahkam al-Qur'an, Beirut: Dar al-Fikr, 1987, jld. 5, h. 325.
2 Majalah Akhwat vol. 6/1431 H/2010, hal. 56-58


3 Lihat I’lâmul-Muwaqqi’în 2/149 dan Zâdul-Ma’âd 3/175. Pernyataan ini dinukil dari Al-Mulakhkhash al-Fiqhi 2/498

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...