Pembaca Setia

Sunday, January 5, 2025

SIRI PEMBONGARAN DAN PROPAGANDA SEJARAH : Perebutan Takhta Perak 1871-1874: Satu Penilaian Semula

 



SIRI PEMBONGARAN DAN PROPAGANDA SEJARAH

Perebutan Takhta Perak 1871-1874: Satu Penilaian Semula

Oleh: Dr Azmi Ariffin

Dicatat oleh: Muhammad Nuruddin Bashah

Link video: https://www.facebook.com/azmi.arifin.716/videos/837551131044810

Membahaskan tentang isu sejarah "perebutan takhta' di Perak 1870-an yang didakwa berlaku tetapi dihujahkan sebagai satu dakyah British dan mitos sejarah.

  1.        Perjanjian Pangkor bukan perjanjian  G to G. Ia sebenarnya tidak sah. Tiada kaitan kerajaan Britain.
  2. .       Triad and Tabut tidak dirujuk ahli sejarah walaupun ia sumber penting untuk isu perebutan kuasa di Perak.
  3. .       Ngah Ibrahim dicatat sebagai anarkis buat komplot dalam pertelingkatan Raja Ismail dan Raja Abdullah.
  4. .       Perjanjian Pangkor 1874 tiada kaitan perebutan tahta Raja Ismail-Raja Abdullah.
  5. .       Raja Abdullah yang patut jadi Sultan selepas Sultan Ali tidak dilantik kerana tidak hadir kematian Sultan Ali. Baginda tidak hadir kerana ada isu alat kebesaran yang tidak dipersetujui Raja Abdullah (sebulan pembesar tunggu baginda hadir).
  6. .       Catatan British mengatakan Raja Abdullah tulis surat jemput Sir Andrew Clarke campurtangan isu tahkta ini.
  7. .       Catatan Barat seolah Perjanjian Pangkor adalah untuk selesai masalah takhta Perak tetapi sebenarnya untuk meredakan pertelingkahan di Larut yang memberi kerugian harta dan nyawa di peringkat Britsih ini yang merisaukan British. Ada petisyen dari pedagang di Larut bukannya isu takhta.
  8. .       Tetapi perjanjian itu tiba-tiba letak Raja Abdullah pula sebagai raja Perak walapun Sultan Ismail naik secara sah ikut perlembagaan Perak. Raja Adulah cuba dijadikan jalan (monitor)  untuk British kuasa Perak. Sedangkan tujuan asal isu Perang Larut.
  9.        Prof Khoo ada tulis berkaitan syarikat dan isu kapitalisme yang membawa kepada Perjanjian Pangkor tetapi tulisannya tidak memberi eksan kepada naratif sejarah di Malaysia kini.

  1. Boleh rujuk Jurnal Khoo Kay Kim The Pangkor Engagement 1874. Prof Khoo walaupun mengatakan punca campurtangan British  adalah sistem penggiliran perak tidak diamalkan tetapi kenyataan ini boleh disangkal. Menurut Dr Azmi, sistem ini tiada, ia hanya amalan beberapa sultan sahaja bila anak Baginda ramai.
  2. Raja Abdullah sendiri tidak memberontak selepas perlantikan Sultan Ismail. Jadi tiada konflik peperangan pun seperti yang dicanang oleh British.
  3. Menurut Dr Azmi berdasaran kajian bahan sejarah tiada anarki berlaku di Perak. Kekacauan hanya berlaku selepas Perjanjian Pangkor.
  4. Sultan Perak tidak hadir ke perjanjian Pangkor. Ngah Ibrahim bawa peguam tetapi peguamnya dinafikan semasa perjanian dibuat.
  5. Pandangan beberapa ahli sejarah kononnya kejatuhan Melaka membawa kepada disintegrated kuasa negeri melayu dan ketidakstabilan berlarutan hingga kedatangan British. Pandangan ini perlu ditolak dan tidak benar.
  6. Konflik dalaman negeri Melayu tidak besar sebagaimana digambar dalam sumber Brat dan ahli sejarah tempatan yang merujuk sumber Barat.
  7. Konflik di Larut isu kongsi gelab menyebabkan peniaga Cina membuat petisyen kepada BRitsih untuk campurtangan. Andrew Clarke dihantara untuk selesai masalah ini melibatkan kepentingan ekonomi syarikat British.
  8. Mereka yang dipanggil ke kapal Pluto itu tiada idea kenapa merea dipanggil ke kapal. Kapal itu dilengkapi tentera bersenjata.
  9. Andrew Clarke juga bukan mewakili negara Britain sebenar ia hanya perjanjian beliau sebagai pemudahcara (orang tengah) syarikat British dengan peniaga di Larut dan pembesar Melayu.
  10. Raja Abdllah dilantik jadi Sultan dengan pembesar Perak membelakangi Baginda kerana bercanggah undang-undang Perak. Akibatnya Baginda disokong British dan semua tindak tanduk British mengutip cukai kemudiannya mulai tidak mampu dicegah oleh kerajaan Perak. Raja Usman patut jadi Sultan tetapi menolak maka Sultan ismail dilantik. Kerajaan Perak kukuh dan tiada anarki berlaku.
  11. Kapitalis berminat kuasai  Perak kerana kekayaan Timah di Perak sahaja bukannya isu menolong raja itu dan ini.
  12. Raja Abdullah dilantik sebagai saluran untuk kapitalis British-Cina perkukuh penguasaan timah di Perak dan Tanah Melayu. Perak adalah saluran untuk Barat jelalah seluruh negeri Melayu.
  13. Catatan British adalah untuk yakinkan parlimen mereka rakyat mereka menjustifikasikan sebarang aksi ketenteraan, penjajahan yang mereka lakukan demi kestabilan ekonomi British. Kerana itu ia dikarang untuk bawa persepsi British.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...