Ulasan
buku - Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi oleh Dr Muhaimin Sulam
Pengulas
: Dr Azmi Ariffin
Tarikh:
13 April 2024
8:40
PM - 10:40 PM
Catatan
: Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Latar belakang mengapa buku ini ditulis.
Kontroversi ucapan Mat Sabu
2011 muncul berikutan ucapan pemimpin PAS, Mohamad Sabu di Padang Menora, Tasek
Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011, kira-kira 10 hari sebelum ulang tahun
kemerdekaan Malaysia . Petikan ucapan itu yang turut disiarkan dalam Youtube
itu tentang pejuang atau pengganas terhadap Mat Indera dan 200 ahli Parti
Komunis Malaya yang menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong di selekoh Sungai Muar
pada 23 Februari 1950.
Beliau berkata :
".....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong
tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu
ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu (orang) UMNO, cerita
bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British,
sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang
hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indra ketua
penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping,
begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British
nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok
Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka,
barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah
negara kita bohong..."
Mari kita baca respon Karpal Singh (tokoh DAP) ketika itu.
Ketua DAP Karpal Singh
telah meminta rakan sekerja Pakatan Rakyat (PR) Mohamad Sabu untuk menarik
balik kenyataan timbalan presiden PAS berkenaan tragedi Bukit Kepong.
Dengan Mohamad mengkritik
pembangkang persekutuan selepas didakwa mempertahankan komunis, Karpal berkata
hari ini bahawa insiden Bukit Kepong tidak boleh dipertikaikan kerana dokumen
sejarah menunjukkan bahawa pegawai polis dan keluarga mereka telah berkorban
untuk menangkis gerila komunis.
"Menyentuh topik sensitif sejak 61 tahun lalu adalah tidak adil dan
saya rasa dia mesti serius mempertimbangkan untuk menarik balik kenyataannya
memandangkan penerimaan negatif yang dia buat," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor
itu dipetik Bernama Online.
Mohamad, lebih dikenali
sebagai Mat Sabu, didakwa berkata dalam ceramah pada 21 Ogos di Tasek Gelugor
bahawa serangan ke atas balai polis Bukit Kepong yang mengorbankan 25 orang
adalah oleh pejuang kemerdekaan.
1. Pandangan Dr Azmi penghakiman
terhadap kes dakwaan terhadap Mat Sabu
adalah tidak tepat aspek sejarah kerana hakim tidak mampu tafsir sejarah. (
Fakta: Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan. Dia didakwa
memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri
dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950,
dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota
polis dan keluarga mereka. Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan
kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan
Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek
Gelugor.
2. Dalam Halaman 5 buku ini, Dr Muhaimin menyatakan
bahawa pandangan Mat Sabu adalah bersifat Sejarah sedangkan ia pandangan
kontroversi ahli politik yang sedang raih sokongan politik kaum kiri bukannya
tafsiran absah seorang ahli Sejarah.
3. Mat Sabu merujuk buku Pengukir
Nama Johor karya Ismail Adnan yang boleh
dianggap kurang ilmiah dan nota kaki. Ia bukan kajian kritis sejarah biografi
Mat Indera. Ismail Adnan sendiri lulusan pendidikan dan sastera.
4. Mat Indera tidak boleh dipisahkan
daripada ideologi komunisme walaupun dia dikatakan pejuang kemerdekaan oleh
sesetengah pihak. Platformnya jelas iaitu PKM yang berideologi komunisme.
5. Kiri berjuang kemerdekaan yang
paling banyak bukan dalam PKM, sebaliknya paling banyak dalam UMNO. Tetapi
ramai mengangkat aliran kiri perjuang mefrdeka ada dalam PKM pula.
6. Sukar buktikan komunis
perjuangkan kemerdekaan Malaya. Perlu rujuk sumber komunis di China di mana
buktinya. Ini hanya propaganda politik komunisme bahawa mereka perjuangkan
kemerdekaan Malaya sedangkan bukti dokumen tiada.
7. Banyak bukti membawa perjuangan
komunis Malaya adalah berkiblat kepada China bukan nasionalisme tempatan
Malaya.
8. Alasan Rasyid Maidin solat
sebagai bukti melayu PKM perjuang kemerdekaan ia bukan isu yang terkait. Solat
isu lain perjuang kemerdekaan isu lain. Komunis solat bukan bukti komunis itu
sah perjuangkan kemnerdekaan Malaya.
9. Di Indonesia komunis ada yang
jadi ulama / ahli agama.
10. Kelompok komunis adalah terpisah
dengan aliran kiri perjuangan kemerdekaan. Ramai gaulkan kelompok komunis dalam
kelompok kiri, ini tidak tepat.
11. Komunis hanya mengangkat senjata
menyeluruh bila British isytihar memerangi komunis bukannya dari awal membawa
ideologi kemerdekaan.
12. Dato Onn misalnya juga pejuang
kiri kerana menentang ideologi UMNO pada penghujung usianya.
13. Sumber lisan adalah sumber paling
bawah dalam sejarah yang berautoriti.
14. Ahli politik selalunya merujuk
sumber sekunder sebab mudah hadam dan membawa narataif sesuai dengan kehendak
mereka atas stand politik.
No comments:
Post a Comment