Ulasan pandangan Ranjit S. Malhi: Komunis, Gerakan Kiri dan PUTERA-AMCJA
Penyampai
: Dr Azmi Ariffin
18
April 2024
Membahas
pandangan biasa sesetengah kelompok sarjana 'kiri' yang cuba mengangkat
perjuangan nasionalisme sebagai sebahagian sumbangan komunis PKM
Link:
https://www.facebook.com/azmi.arifin.716/videos/975214547273518
Catatan:
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
1. Dr Azmi kumpul pandangan Ranjit
S. Malhi di Malaysiakini. Pandangan sejarah beliau di platform bukan platform
sejarah, mengkritik buku sejarah dan sejarah Tanah melayu yang dikatakan
memihak kaum melayu.
2. Pencatat nyatakan antaranya
pandangan terkini beliau :
LETTER | Hadith module: Schools are meant to be secular in nature
(Published: Aug 24, 2023)
Instead of enhancing the quality of holistic education, teacher quality
and school leadership quality, the Madani government is focusing on reinforcing
Islamic education in our national schools. Our nation and schools were meant to
be secular in nature. Our nation's founding fathers made it clear that they
wanted a secular, democratic and inclusive multiethnic country. Unfortunately,
the Ketuanan Melayu and Islamic agenda is gaining firmer ground day by day.
Enough is enough. I urge right-thinking Malaysians to unite and demand the
Education Ministry to focus on enhancing the quality of our school education
and not transform our national schools into religious schools. Above all, this
misguided attitude of the Madani government to exhibit a more Islamic-centric
stand than PAS is divisive and will tear the nation apart in the long run.
Malaysia badly needs a bold and far-sighted Malay political leader to unite
Malaysians through a "win-win" and inclusive national agenda aimed at
creating a truly united, meritocratic and prosperous Bangsa Malaysia. I had faith in Anwar Ibrahim, but alas he has
been quite a letdown. It does appear that we have to depend on divine
intervention to steer our beloved nation toward the right track. I hope and
pray that I am wrong! https://www.malaysiakini.com/letters/676832
3. Ranjit desak perjuangan PKM
sebagai perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu sedangkan tiada bukti kajian
menujukkan PKM berjuang memerdekakan Tanah Melayu. Menentang Britsih tidak
semestinya berjuang merdekakan Tanah Melayu.
4. PKM taat kepada negara asal
mereka dan dendam kepada British kerana menjajah tanah asal mereka bukan kerana
ingin bebakan Tanah Melayu untuk dibina negara dengan ideologi peribumi asal.
5. Golongan penulis sejarah sebegini
ingin menafikan peranan peribumi yang sebenar 100% ingin bebaskan Tanah Melayu.
6. Ranjit pernah menyatakan PKM
ditubuh pada 1930 untuk menubuh negara republik
komunis di Tanah Melayu. Jadi PKM perjuangkan merdeka.
7. Sebenarnya PKM bukan ditubuh
1930. Hisyamuddin Rais juga mengatakan 1930. Ia ditubuh 1920an di Singapura
(Nanyang Komunis Party) tidak guna nama Malayan dan ditukar nama Malayan sebab
ingin dapat sokongan peribumi (melayu) dalam gerakan komunis.
8. PKN (Nanyang) awal tunuh lagi
sudah gagak kerana gagal membina komrad di kalangan melayu. Kiblat mereka
adalah China dan kesetiannya mereka adalah China. Mereka nasionalis komunis
yang taat kepada tanahair China(walaupun komunis kerap menolak label nasionalis
pada mereka).
9. Tulisan golongan seperti ini
tidak melakukan kajian sebalinya hanya quote kata-kata tokoh tertentu untuk
disandarkan sebagai hujah misalnya pandangan Tunku Abdul Rahman.
10. Keganasan KMT Koumintang adalah
setara dengan PKM semasa pasca perang Jepun.
11. Sarjana Barat ada yang
generalisasikan semua yang melawan British sebagai komunis termasuk agamawan,
golongan guru, golongan kiri selain komunis juga digolongkan sebagai komunis.
Jadi mereka mengatakan the only one menentang British adalah komunis.
12. Menurut Dr Azmi, Dato Onn sendiri
ada sisi kirinya kerana menentang British hingga akhir hayat manakala Tan Cheng
Lock sendiri adalah kanan walaupun sertai Putera-AMCJA.
13. Menurut Dr Azmi sikap mahu
merdeka boleh difikir semula memandangkan keadaan mereka yang masih menentang
(menjulang ideologi komunis walaupun sudah tiada British) walaupun tanah Melayu
telah merdeka. PKM menunggang individu gerakan nasionalis kiri untuk manfaat
ideologi mereka mislanya PKMM, agamawan dll.
14. British pula gunakan alasan
komunis untuk kekalkan Malayan Union.
15. Ranjit angkat golongan kiri dan
kaitkan dengan Putera-AMCJA kononnya kiri. Sedangkan Putera-AMCJA tetapkan
elemen Melayu, peribumi jadi asas kemerdekaan yang mana Ranjit patut menolakkan
jika mengikut fahamannya.
16. Golongan seperti Ranjit hanya
highlightkan Putera-AMCJA sebagai lawan UMNO dan berlawanan dengan UMNO dan
kemudian tidak pun angkat semua perjuangan Putera-AMCJA seluruhnya kerana mereka
tahu Putera-AMCJA juga perjuangan hak
dan asas peribumi sama seperti aliran kanan.
17. Menulis komunis perlu menilai dari sebelum Jepun hingga akhirnya bukan
hanya ketika penjajahan Jepun sahaja.
Nota:
PUTERA bersetuju menerima keenam-enam
prinsip perjuangan
AMCJA manakala AMCJA bersedia menerima 4 prinsip
perjuangan PUTERA
- Bahasa
Melayu dijadikan bahasa rasmi negara
- Hal ehwal luar dan pertahanan hendaklah menjadi
tanggungjawab bersama antara kerajaan Tanah Melayu
dengan Britain
- Perkataan
Melayu digunakan sebagai nama kerakyatan bagi
semua penduduk Tanah
Melayu
- Bendera
kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna
kebangsaan Melayu
Antara 4 prinsip perjuangan PUTERA -AMCJA
·
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi negara
·
Hal ehwal luar dan pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama
antara kerajaan Tanah Melayu dengan Britain
·
Perkataan Melayu digunakan sebagai nama kerakyatan bagi semua penduduk
Tanah Melayu
·
Bendera kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu
No comments:
Post a Comment