Mengapa manusia
Panjat Everest?
Muhammad Nuruddin Bashah
Mencapai ke puncak adalah idaman
mana-mana manusia, malah semakin tinggi kedudukan manusia atau bangsa ia
merlambangkan kejayaan duniawi secara umum.
Tidak hairan jika manusia gemar
bersaing membina bangunan atau menara terteinggi walaupun keperluannya masih
kabur. Manusia juga bersaing untuk berada di kedudukan paling tinggi dengan
mengharungi sesebuah cabaran. Dunia mengiktiraf mana-mana bangsa yang berjaya
berenang berkilo meter jauhnya, menyelam ke kawasan paling dalam atau pun
mendaki puncak gunung paliung tinggi dan paling sukar. Pendek kata kesukaran
untuk sampai ke sesuatu tujuan itu dianggap capai ke puncak kejayaan.
Begitu juga tindakan manusia berusaha
bersaing menawa puncak Everest. Namun begitu jarang ada penyelidan yang
mengkaji mengapa manusia gilakan gunung setinggi 8,850 m atau 29,035 kaki ini walaupun secara umum
mengetahui 1001 rahsia, keajaiban ada sepanjang usaha mendaki ke puncak
tersebut.
Jika menurut sumber sejarah
konvensional, pada tanggal 17 Januari 1841,
puncak tertinggi di dunia itu ditemui oleh Sir George Everest, seorang
pendaki berbangsa Inggeris. Nama Everest sempena nama George, memiliki
ketinggian 8800 meter.
Namun begitu sebenarnya , George
Everest sendiri tidak berhasil mencapai puncak tertinggi melainkan 29 Mei 1953, Sir Edmund Hillary dari New
Zealand dan pembantunya Tenzing Norgay penduduk asli Nepal, menjadi orang
pertama yang berhasil mencapai puncak Everest. Mereka adalah salah seorang
daripada anggota ekspedisi Britain yang
dipimpin oleh Sir John Hunt. Kumpulan ini berangkat dari Kathmandu, Nepal pada
tanggal 10 Mac 1953, dan melakukan pendakian dari arah Selatan yang dikenali sebagai lereng yang mustahil
mampu didaki.
Namun akhirnya hanya Hillary dan Tenzing
Norgay, yang berhasil mencapai puncak.
Malaysia sebagai sebuah negara
membangun tidak ketinggalan merancang, melatih dan menggalakkan usaha pendakian
Everest. Akhirnya pada Mei 1997, dua
rakyat Malaysia iaitu M. Magendran dan N. Mohandas telah berjaya menakluki
puncak Gunung Everest. Magendran dan Mohandas ialah antara 20 orang pasukan
Ekspedisi Gunung Everest Malaysia.
Malaysia juga diiktiraf sebagai negara Asia Tenggara yang pertama yang berjaya
mengibarkan bendera di puncak gunung tertinggi ini. Sebelum memulakan
ekspedisi, pasukan Ekspedisi Gunung Everest ini terpaksa program latihan yang
mencabar dan mereka yang terpilih mempunyai pengalaman mendaki gunung selama 15
tahun dan diantara gunung-gunung yang pernah mereka daki adalah Gunung Himacha
Pradesh di India, yang terletak 4,857 meter dari paras laut, Gunung Cho Oyu
dengan ketinggian 8,130 meter dan Gunung Kamet dengan ketinggian 7,436 meter di
Himalaya.
Sebelum berbicara lanjut mari kita
kenali latar belakang gunung popular ini. Gunung Everest terletak di banjaran
gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur daripada paras laut). Kemuncak gunung ini menandakan
sempadan antara Nepal dan Tibet. Di Nepal gunung tersebut dikenali sebagai
Sagarmatha (dalam bahasa Sanskrit bermaksud dahi langit) dan di Tibet dikenali
sebagai Chomolangma atau Qomolangma (bermaksud
Dewi alam), yang diambil dari nama Cina. Bagi kaum Tibet dan Nepal, gunung Everest ada
keramat dan metosnya tersendiri. Malah upacara memuja gunung ini juga dilakukan
oleh segelintir masyarakat tempatan.
Gunung ini berlokasi dengan koordinat 27°59′17″ Utara, 86°55′31″Timur
Laluan selatan dan utara sebagaimana
dilihat dari Stesen Angkasa Antarabangsa.
Kecantikan
yang dianugerahi tuhan
Selain kemuncak kemegahan Everest
juga ada kelainan dari segi suasana alam sekitar. Sebelum ini seorang ahli
astronomi, Oleg Bartunov yang bersama beberapa warga Britain, 51, berjaya
merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika menyertai ekspedisi
ke Himalaya
Agensi melaporkan bahawa imej
tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang
merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia.
Fenomena yang pelik tersebut berlaku
disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.
Menurut masyarakat tempatan fenomena itu jarang berlaku.
Benarkah
Puncvak Everest Bukan Tertinggi di Dunia?
Puncak Everest ada di 8.848 meter di atas
permukaan laut, iaitu tertinggi di dunia
Hampir semua orang tahu bahawa gunung
Everest merupakan gunung tertinggi di atas muka Bumi. Pendaki dari seluruh
penjuru dunia berlumba-lumba mendaki Everest untuk meraih gelar ‘Penakluk
puncak tertinggi di dunia’ itu.
Seperti diketahui, puncak gunung
Everest berada di ketinggian 8.848 meter di atas permukaan laut. Tingginya
daratan pada paras itu membuat gunung Everest mendapat gelaran sebagai gunung paling tinggi. Namun begitu
ramai mulai mempertikai bahawa gunung
Everest bukanlah gunung yang paling tinggi di Bumi.
Sebagai contoh Gunung Mauna Kea, yang berada di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat
memiliki ketinggian 4.205 meter di atas permukaan laut. Walaupun puncak gunung
ini jauh lebih rendah dari gunung Everest, akan tetapi, Mauna Kea sebenarnya
merupakan gunung yang kakinya dimulai dari dasar laut.
Jika diukur dari kaki gunung, secara
total, tinggi Mauna Kea lebih daripada 10 ribu meter. Bandingkan dengan gunung
Everest yang hanya 8.848 meter dari kaki ke puncaknya.
Gunung Mauna Kea akan semakin rendah kerana
memiliki isipadu sebanyak 3,200
kilometer persegi. Ukurannya yang sangat besar ini membuat gunung ini menekan
dasar laut di bawahnya hingga 6 kilometer. Ia juga terus turun dan semakin rata
kerana beban berat yang menurunkan
ketinggiannya sebanyak 0.2 milimeter saban
tahun!
Sumpahan
Everest…
Dari sisi hitam, gunung ini telah
memakan ratusan nyawa. Dianggarkan jika sepuluh pendaki yang pernah mencapai ke
puncak, gunung ini pasti mengorbankan salah seorang daripada mereka.
Selepas lebih 50 tahun manusia
pertama dalam sejarah mencapai puncak Gunung Everest, 216 orang telah terkorban
dan menurut rekod 150 mayat yang tidak pernah atau tidak mampu dibawa turun.
Sedangkan mayat-mayat mereka semua masih ada terutamanya yang berada di Zon
Maut.
Antara puncak zon
maut Everest
Zon maut (Death Zone) bagi sesebuah gunung,
merujuk kepada ketinggian di atas titik tertentu di mana jumlah oksigen tidak mencukupi
untuk mengekalkan kehidupan manusia. Titik ini secara umumnya pada 8,000 m (26,000 kaki) iaitu mengalami tekanan kurang daripada 356 milibar daripada
tekanan atmosfera. Istilah zon kematian pada asalnya dicipta oleh Edouard
Wyss-Dunant, seorang doktor Switzerland, dalam bukunya, Dunia Gunung 1952.
Banyak kematian di gunung altitud
tinggi seperti Everest telah disebabkan oleh kesan zon kematian, sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Dalam zon mati, tiada badan manusia boleh
menyesuaikan diri. Satu persinggahan panjang di zon tanpa oksigen tambahan akan
menyebabkan kemerosotan fungsi tubuh, kehilangan kesedaran, dan akhirnya, maut.
Ramai daripada 220 orang yang mati di
Gunung Everest adalah pendaki amatur yang mendaki dengan melanggar nasihat
sherpa atau pendaki lain.
Misalnya seorang pendaki wanita,
Shah-Klorfine adalah pendaki yang degil. Pendaki lain telah menyedari beliau berkelakuan pelik. Mereka menggesanya agar berpatah
balik. Dia menggelengkan kepalanya dan memberi isyarat untuk meneruskan
pendakian.
Beliau berkeras untuk meneruskan
pendakian dan hanya dengan sedikit oksigen yang tersisa, beliau berjaya sampai
ke puncak. Namun ia tidak bermakna kerana dalam perjalanan turun ke bawah, beliau
kekurangan udara dan sherpa terpaksa mendukungnya hingga dia menemui ajal.
Tidak ada manusia yang dapat
membiasakan diri dengan ketinggian Zon Maut. Terdapat 14 buah gunung di seluruh
dunia yang melebihi ketinggian 8000 meter dan tidak mungkin seseorang boleh
berada lebih daripada 48 jam di sana.
Tahap oksigen di Zon Kematian yang
cuma satu pertiga daripada tahap oksigen pada paras laut, yang secara mudahnya
bermaksud badan akan menggunakan simpanan oksigen dalam badan lebih cepat
daripada oksigen masuk daripada pernafasan.
Seorang pendaki National Geographic
Brian Blessed menceritakan kesan halusinogen boleh berlaku disebabkan kehabisan
oksigen di Zon Maut. Mereka akan mengalami halusinasi, badannya lemah dan daya
fikiran pula seolah-olah tidak betul.
Untuk mendaki perkara di bawah pelru
diambil berat:
- Waktu terbaik untuk mendaki
sangat singkat di antara bulan Mei dan Jun, dengan suhu purata -27 C dan
angin selaju 50 batu/jam.
- Keadaan Gunung Everest sangat
tinggi hingga bahagian atasnya menembusi lapisan stratosfera, dan terdapat
angin yang di kenali sebagai Jet Streaming yang boleh mencapai kelajuan
200 batu/jam dan suhu jatuh ke - 73 C.
Disebabkan mayat tersebut kesemuanya
sukar di bawa pulang kerana ada yang tersangkut atau terjatuh di lembah yang
berbahaya menyebabkan mayat-mayat tersebut terdampar hampir puluhan tahun
dengan baju dan peralatan yang masih terawet.
Walaupun penuh dengan salji dan ais,
Gunung Everest kering seolah-olah seperti di gurun padang pasir yang
menyebabkan mayat-mayat pendaki pengawetan semula jadi berlaku dengan pantas.
Bahkan disebabkan terlalu tinggi, mayat-mayat pendaki akan kekal selama
berpuluh-puluh tahun, hinggakan sesetengah mayat tersebut masih memakai
peralatan mendaki.
Isu
kemanusiaan
Memijak rakan sendiri demi sampai ke
puncak. Ini antara teori umum yang ditanam pada jiwa sesetengah pendaki untuk
sampai ke atas. Tidak hairan jika terlalu banyak mayat terdampar kerana tiada
bantuan kecemasan, bantuan fizikal atau gas diberikan kepada pendaki lain yang
memerlukan bantuan. Masing-masing hanya pentingkan diri sendiri untuk
meneruskan pendakian.
Keadaan ini jauh dari sifat
keperimanusiaan. Mereka terpaksa memilih sama ada menolong orang lain atau pun
mengorbankan diri sendiri. Pendek kata, antara persiapan sejak dari awal lagi
setiap pendaki-pendaki didedahkan dengan risiko bahawa mereka tidak boleh
mengharapkan sebarang bantuan pendaki lain mahu pun menawarkan pertolongan
kepada pendaki lain.
Alasan
terbaik daki Everest
Pendaki Everest muda Malaysia
(berjaya tawan Everest pada tahun 2004), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, telah
memulakan ekspedisi tiga bulan untuk mendokumentasikan siri perjalanan para
Nabi Islam dengan mendaki 11 gunung di lapan negara. Beliau sebenarnya mendapat
inspirasi selepas menawan puncak Everest. Bagi sesetengah pihak, aktiviti
riadah sebegini boleh menghasilkan suatu semangat untuk memartabatkan agama dan
sejarah Islam di persada dunia.
Beliau berhujah misinya sebenarnya bersandarkan al-Quran, hadis dan buku-buku
teks sejarah, dan akan cuba menerokai rahsia, panduan, dan ajaran yang
ditinggalkan dalam perjalanan setiap nabi.
Rehlah atau perjalanan beliau itu juga
telah melibatkan satu panel sarjana Islam sebagai penasihat dokumentari,
antaranya Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, bekas Mufti Johor Datuk Nooh
Gadut, bekas Mufti Kedah Datuk Setia Jaya Syeikh Hasbullah Abd Halim, bekas
Ketua Pengarah Jakim Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Profesor Madya Dr Adnan
Mohamed Yusoff dari Universiti Sains Islam Malaysia.
Antara kawasan yang bakal beliau
kunjungi adalah Sri Lanka dan meneruskan
ekspedisi ke Turki, Rusia, Arab Saudi,
Mesir, Jordon dan Syria dan menelan kos sekitar
RM1.2 juta.
Muhammad Nuruddin Bashah
allahuakbar
ReplyDelete